Blackberry Classic hanya di Celcom First

Share Button

Bertempat di Hotel Pullman Kuala Lumpur, Celcom selaku rakaniaga terdekat Blackberry, telah melancarkan telefon terbaru Blackberry yang telah sekian lama dinanti peminat tegar Blackberry, iaitu Blackberry Classic. Blackberry Classic diumumkan dijual pada harga RM1588.

Blackberry Classic dilancarkan di Celcom

Celcom melancarkan Blackberry Classic bersama plan First mereka. Dengan mengambil kontrak plan First selama 24 bulan, pengguna boleh membeli telefon Blackberry Classic pada harga serendah RM338 bagi komitmen bulanan RM235 dengan plan Celcom First Elite. Bagi plan lebih rendah iaitu Celcom First dengan komitmen bulanan RM85, pengguna boleh mendapatkan Blackberry Classic pada harga RM1038.

Celcom First dengan Blackberry Classic

Turut sama di pelancaran ini, Blackberry Malaysia turut melancarkan sistem komunikasi keselamatan syarikat, Blackberry Enterprise Server 12 (BES12) di rangkaian Celcom. Dengan BES12, syarikat boleh berhubung samada keperluan data, komunikasi atau permesejan dengan lebih selamat.

Celcom turut mengumumkan bahawa mereka akan mendapat hak eksklusif menjual Blackberry Classic di kalangan penyedia telekomunikasi sehingga akhir Februari. Ini bermakna, bagi pembeli yang mahukan Blackberry Classic murah bersama kontrak plan telko, hanya boleh melakukannya bersama Celcom dalam masa terdekat ini.

Blackberry Classic merupakan telefon Blackberry dengan OS10 yang pertama mengembalikan tool belt dan trackpad pada peranti. Blackberry memfokuskan jualan Classic kepada pengguna tegar Blackberry, terutama sekali yang masih menggunakan Bold 9900 yang mahukan telefon baru Blackberry bersama trackpad, yang tidak terdapat sebelum ini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Blackberry Classic, sila rujuk kembali tentang laporan kami semasa pelancarannya di sini. Untuk plan Celcom First, boleh layari lamanweb Celcom First.

Blackberry Classic depan belakang Blackberry Classic kiri Blackberry Classic kanan Blackberry Classic atas Blackberry Classic bawah Blackberry Classic kiri slot sim kad Blackberry Classic belakang kamera Blackberry Classic setting about Blackberry Classic setting storage

Apa komen anda?