ZTE & Huawei bantu U Mobile naik taraf rangkaian

Share Button

U Mobile semakin agresif menaik taraf perkhidmatan mereka agar pelanggan dapat menikmati servis yang terbaik. Terkini, mereka menandatangani perjanjian dengan peneraju penyedia solusi terkemuka dari China, iaitu Huawei Technologies & ZTE Corporation, untuk menaiktaraf liputan rangkaian U Mobile sebagai komitmen memastikan pelanggan mereka yang kian meningkat, dapat menikmati internet berkelajuan pantas sentiasa, di mana jua.

Melalui kerjasama ini, sebanyak 1000 menara 3G & 1000 menara 4G akan dibina dengan pelaburan sehingga RM1.5 bilion. Ini merupakan langkah awal U Mobile pada tahun 2015. Ia juga merupakan usaha U Mobile untuk memastikan rangkaian mereka sekurang-kurangnya setaraf dengan penyedia telekomunikasi yang lain di Malaysia.

U Mobile sering menjadi yang pertama dalam memperkenalkan produk khas buat pelanggan. Sebelum ini mereka baru mengumumkan perayauan data percuma di luar negara untuk pelanggan prabayar, di mana pelanggan pascabayar telah menikmatinya lebih awal. Pelanggan U Mobile juga dapat menonton video streaming percuma di Youtube & Tonton, serta musik streaming percuma di KK Box, Era FM, My FM & Hitz.FM.

CEO ZTE Malaysia, CEO U Mobile dan CEO Huawei Malaysia berjabat tangan

U Mobile telah memilih Huawei & ZTE sebagai rakan kerjasama kerana rekod mereka yang telah terbukti sebagai peneraju solusi telekomunikasi di seluruh dunia.

ZTE Corporation telah berada di 160 negara, serta peneraju dalam inovasi teknologi rangkaian. Huawei Technologies pula telah lama menyediakan solusi hujung-ke-hujung yntuk pelbagai syarikat telekomunikasi, perniagaan serta pengguna. Servis mereka dapat dirasai di lebih 170 negara, memberi perkhidmatan kepada lebih 1/3 populasi dunia.

YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Upacara menandatangani perjanjian ini disaksikan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia serta Madam Ma Jia, Caj d’Affaires a.i. & Menteri Kaunselor, Kedutaan Besar Republik China di Malaysia. Ia turut disaksikan oleh YBhg Dato’ Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi, Pengerusi SKMM dan juga YBhg Dato’ Sri Robin Tan, Pengerusi dan CEO Berjaya Corporation Bhd. Kerjasama ini turut meraikan hubungan diplomatik selama 4 dekad antara Malaysia & Republik China, mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Steven Ge, YB Dato’ Mohamed Sharil, YBhg Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Wong Heang Tuck, Madam Ma Jia, YBhg Dato’ Sri Robin Tan, Abraham Liu

Apa komen anda?