Tonton semua perlawanan EPL percuma

Share Button

Bersempena tahun baru 2015 yang akan tiba nanti, Astro akan memberikan hadiah khas buat peminat bolasepak Liga Perdana Inggeris. Pelanggan Astro mahupun yang bukan pelanggan Astro, akan dapat menonton tayangan secara langsung, pertandingan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung pada tahun baru, 1 Januari 2015 nanti.

Kesemua perlawanan Liga Perdana Inggeris pada 1 Januari 2015 akan diberikan tayangan langsung secara percuma oleh Astro, menerusi aplikasi tayangan mudah alihnya, Astro on the Go. Sebelum ini, hanya pelanggan Astro yang melanggan saluran sukan sahaja dapat menonton tayangan ini melalui Astro on the Go. Tetapi pada tahun baru 2015 nanti, Astro memberikan tayangan langsung perlawanan ini secara percuma, kepada semua yang mendaftar di Astro on the Go.

jadual tayangan EPL percuma di AOTG

Pendaftaran di Astro on the Go adalah percuma, tiada sebarang langganan saluran Astro diperlukan. Tetapi tayangan percuma melaluinya adalah sangat terhad. Bagi yang belum mendaftar, hanya pergi ke lamanweb www.astroonthego.com dan mendaftarnya secara percuma. Pada waktu perlawanan nanti, pautan ke siaran langsung akan tertera dan pengguna boleh menontonnya secara langsung, melalui komputer di lamanweb www.astroonthego.com ataupun aplikasi Astro on the Go yang boleh dimuat turun di Google Play Store ataupun Apple Appstore.

Jika anda pelanggan Astro, jangan lupa pautkan langganan saluran Astro anda dengan akaun Astro on the Go, agar anda dapat menikmati lebih banyak rancangan secara percuma di Astro on the Go, di mana jua anda berada.

Apa komen anda?