Tawaran khas tebus Laptop kepada Surface Pro 3

Share Button

Microsoft Surface Pro 3, pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada Julai lepas, dan mual dijual paa bulan Ogos, sangat diminati rakyat Malaysia. Ia merupakan tablet yang sangat produktif untuk kegunaan persendirian mahupun perniagaan. Ia mengurangkan beban yang perlu dipikul apabila mampu berfungsi sepenuhnya sebagai laptop mahupun tablet.

Syarikat harus kekal fokus pada kejayaan dan perkembangan perniagaan. Oleh itu, bagi membantu syarikat SME mempergunakan kuasa teknologi untuk menjadi lebih produktif, Microsoft Malaysia memberi ruang mudah kepada syarikat untuk mendapatkan Surface Pro 3 dengan memperkenalkan program gantian laptop kepada Surface Pro 3, dengan kuantiti dan masa yang terhad.

Syarikat pasti dapat mengurangkan kos membeli Surface Pro 3. Diskaun sehingga RM130 boleh diperolehi apabila membeli Surface Pro 3 melalui program gantian ini pada Penjual Peranti Microsoft yang berdaftar. Syarikat boleh mendapatkan sleeve Incipio untuk Surface dan pelbagai tawaran menarik dari rakaniaga Microsoft sendiri.

sleeve incipio percuma dengan belian surface pro 3

senarai harga surface pro 3

Program ini telah pun bermula dan akan berakhir pada 19 Disember 2014, selagi stok masih ada. Ia boleh dibeli melalui 6 pengedar berdaftar peranti Microsoft iaitu:

  1. Alphamatic Systems Sdn Bhd
  2.  CTC Global Sdn Bhd
  3. Felda Prodata Systems Sdn Bhd
  4. Jardine OneSolution Sdn Bhd
  5. Night Electronics (M) Sdn Bhd
  6. Sistem RKK Sdh Bhd

Untuk maklumat lanjut berkenaan program gantian ini, layari http://aka.ms/sp3smb

Apa komen anda?