Mi Powerbank 16,000mAH tiba di Malaysia

Share Button

Pasti ramai telah tahu akan jualan terhad telefon pintar Redmi Note 4G di website Xioami Malaysia pada Khamis ini, 11 Disember 2014. Tetapi, di Facebook Mi Malaysia baru sahaja mengumumkan mereka akan menjual sama satu lagi produk baru dari Xiaomi, iaitu Mi Powerbank 16,000mAH berharga RM79 pada jualan khamis ini juga.

Mi Powerbank 16,000mAH ini baru diperkenalkan bulan lepas di China. Ia menampilkan dua output USB, agar 2 peranti boleh dicaj dalam masa yang sama. Ia juga mempunyai output maksima 3.6A untuk kedua-dua port USB. Mi powerbank ini masih mengekalkan rekabentuk yang sama seperti MI Powerbank sebelum ini. Jadi, ia menjadi lebih panjang dari Mi Powerbank 10,400mAH, bagi menjadikan kapasitinya kepada 16,000mAH.

dua output Mi powerbank 16000mAH dicipta menggunakan bahan berkualiti tinggi

Bagaimanapun, kelihatan Mi Malaysia akan menjual Mi Powerbank ini melalui gandingan jualan ‘Power Bundle’ bersama Redmi Note 4G sahaja. Ini bermakna, untuk mendapatkan Mi Powerbank 16,000mAh ini, ia hanya boleh dibeli bersama Redmi Note 4G. Mi Powerbank yang lain turut sama disenaraikan untuk gandingan jualan ini.

Redmi Note 4G Power Bundle

Selain itu, Mi Malaysia turut membuat jualan bersama dengan ‘Essential Bundles’ yang mempakejkan Redmi Note 4G bersama Mi In-Ear headphone, Case & pelindung skrin yang memberikan diskaun 5% berbanding harga biasa.

Redmi Note 4G Essential Bundle

Jangan lupa, khamis ini 11 Disember 2014 hanya terdapat 8,000 unit Redmi Note 4G yang akan dijual. Tetapi akan terdapat jualan sesi kedua untuk semua Bundle yang disebut di sini, iaitu pada hari Selasa, 16 Disember 2014 minggu hadapan. Pastikan anda beratur di hadapan PC dan siap mendaftar masuk website www.mi.com/my satu jam sebelum pukul 12 tengahari agar tidak kecewa pada jam 12.05pm nanti.

 

Apa komen anda?