Mi Band berharga RM59 berlabuh di Malaysia

Share Button

Bulan Disember ni nampaknya adalah waktu yang sibuk bagi Xiaomi Malaysia. Awal bulan ini mereka mengumumkan ketibaan peranti 4G mereka yang pertama di Malaysia, Redmi Note 4G. Kemudian, mereka mengumumkan Mi Powerbank yang baru sebesar 16,000mAH juga mula dijual di Malaysia.

Terkini, Mi Malaysia mengumumkan ketibaan satu lagi produk baru Xiaomi ke pasaran Malaysia, iaitu Mi Band. Mi Band secara rasminya akan dijual di Malaysia pada hari Selasa, 16 Disember 2014 pada harga RM59. Ia dijual bersempena jualan krismas Mi Malaysia, yang mana jualan pertama diadakan pada 11 Disember dan jualan kedua yang turut menjual Mi Band, akan diadakan pada 16 Disember 2014.

MI band warna-warni

Mi band merupakan gelang yang memantau aktivit kecergasan secara digital. ia tidak mempunyai sebarang skrin, hanya 4 LED untuk notifikasi. Antara fungsi yang terdapat pada Mi Band ialah:

  • Kalis air & debu dengan rating IP57
  • Mengesan pergerakan dan langkah yang dibuat setiap hari
  • Memantau gaya tidur secara automatik selagimana dipakai di pergelangan tangan
  • Membuka kunci skrin telefon Mi secara automatik
  • Boleh ditetapkan untuk bergegar apabila terdapat panggilan masuk dan juga tetapan masa alarm
  • Bateri yang bertahan sehingga 30 hari lamanya
  • Menyokong telefon Mi3 & Redmi Note 4G sepenuhnya, tetapi turut berfungsi dengan pelbagai telefon Android lain dengan fungsi terhad. Aplikasi Mi Band untuk Android boleh dimuat turun di SINI.

Untuk jualan pada 16 Disember nanti, Mi Band hanya dijual dalam pakej bersama Redmi Note 4G yang dipanggil Fitness Bundle. Mi Band tidak akan dijual berasingan pada hari itu. Mungkin ia akan mula dijual asing pada jualan selepas itu.

Fitness Bundle Mi Band

Seperti biasa, bersiap sedialah menghadap komputer atau telefon and di website www.mi.com/my pada 16 Disember nanti sebelum jam 12 tengahari. Jualan terhad ini pasti akan habis dalam masa singkat, mungkin di bawah 5 minit. Dinasihatkan anda berada di kawasan dengan kelajuan internet terpantas bagi menjamin kejayaan membelinya kelak. Semoga berjaya.

Apa komen anda?