Main Hearthstone dan minum Frappuccino percuma

Share Button

Lenovo Malaysia memberi peluang terutama sekali kepada peminat permainan kad digital Hearthstone : Heroes of Warcraft keluaran Blizzard Entertainment. untuk mencuba versi BETA permainan menggunakan Lenovo YOGA Tablet 2. Permainan Hearthstone di Android masih di peringkat BETA dan dijangkakan akan tibasecara rasmi di Google Play Store tidak lama lagi.

Bersama acara ini, Lenovo Malaysia turut memberikan baucer minuman Starbucks bernilai RM15 kepada mereka yang ‘Like’ Facebook Page Lenovo Malaysia serta mencuba permainan Hearthstone BETA menggunakan Lenovo YOGA Tablet 2 yang disediakan di rangkaian kedai Starbucks terpilih, mulai 6 Disember sehingga 28 Disember 2014.

main Hearthstone guna lenovo percuma frappuccino

Selain baucer RM15 ini, mereka yang mencuba permainan ini juga akan berpeluang mendapatkan diskaun RM100 untuk pembelian Lenovo YOGA Tablet 2 di kedai eksklusif Lenovo yang terpilih. Terdapat 10 kedai Starbucks yang terbabit dengan promosi ini iaitu:

  • Bangsar Village 1
  • Plaza Mont Kiara
  • SS15 Subang Jaya
  • Mid-Valley Megamall
  • Pavillion KL (Level 3)
  • Taylor’s Lakeside Campus
  • Sunway Pyramid (Old Wing)
  • KLCC (3rd Floor)
  • Berjaya Times Square (Ground Floor)
  • 1Utama Shopping Centre (New Wing)

Lekas ke Starbucks yang tersenarai di atas, dan mencuba Hearthstone di Android menggunakan Lenovo YOGA Tablet 2. Pastikan anda sudah like Facebook Page Lenovo Malaysia terlebih dulu.

Pengunjung Starbucks mencuba Hearthstone di tablet Lenovo Pertarungan Hearthstone antra dua lenovo Yota Tablet 2 Pro Pertarungan Hearthstone antra dua lenovo Yota Tablet 2 Santai bersama Lenovo dan Starbucks

Apa komen anda?