Kerajaan Selangor anjur e-sukan Selangor Cyber Games

Share Button

Kerajaan Negeri Selangor, melalui Jawatankuasa Tetap Generasi Muda Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawan Negeri Selangor, Bahagian Pembangunan Belia Majlis Sukan Negeri Selangor dan Penyelaras Dewan Negeri Kota Damansara, akan menganjurkan acara e-sukan, Selangor Cyber Games yang pertama kali diadakan. Penganjuran kali pertama e-sukan ini akan diadakan di The Strand, Kota Damansara pada 13 dan 14 Disember.

selangor-cyber-games

Sebanyak 4 jenis permainan akan dipertandingkan dalam e-sukan ini iaitu Dota 2, League of Legends, CS:GO dan FIFA 15. Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai bernilai lebih RM30,000 dengan pertandingan DOTA 2 menawarkan wang tunai terkumpul sebanyak RM 23,500, League of Legends sebanyak RM2,200, CS:GO sebanyak RM2,200 dan FIFA 15 sebanyak RM2,200.

Bagi pertandingan Dota 2, 8 pasukan telah layak ke Grand Final iaitu Team Malaysia, Invasion eSports, Who2bet, Underminer.Regal, G-Guard, TBD, Distrix 5 dan Underminer C. Ini bermakna, hanya dua pasukan teratas yang layak semasa peringkat kelayakan G1 Gaming Dota 2 pada 13 Disember akan menyertai Grand Final pada 14 Disember 2014 bersama 8 pasukan yang disebut tadi.

Manakala bagi pertandingan League of Legends, sebanyak 16 pasukan akan berentap pada 13 & 14 Disember nanti bagi merebut takhta kejuaraan dan hadiah yang ditawarkan. bagi pertandingan CS:GO, terdapat slot bagi 16 pasukan juga bagi kejohanan 2 hari ini.

Pertandingan FIFA 15 pula akan menyaksikan seramai 128 pemain beraksi menuju ke pusingan akhir bagi membawa pulang hadiah utama, wang tunai RM1,000. Pertandingan Selangor Cyber Games ini terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja dengan had umur penyertaan dari 16 tahun sehingga 35 tahun. Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh melayari lamanweb http://www.e-sukan.com/scg.

dota2-scg lol-scg csgo-scg fifa-scg

Apa komen anda?