Dapatkan pemandu selebriti di UBER hari ini

Share Button

Hari ini, sempena tarikh istimewa 12/12 yang jatuh pada hari Jumaat, Uber bersama Volkswagen Malaysia yang turut disertai 52 orang selebriti Malaysia, akan bersama-sama dalam satu acara kutipan dana besar-besaran di seluruh Kuala Lumpur. Selama satu hari sahaja, dari jam 10 pagi hingga 5 petang, selebriti ini akan memandu kenderaan khas yang disediakan Volkswagen, untuk mengambil penumpang yang menempah melalui aplikasi Uber dan memberi derma kepada pertubuhan kebajikan pilihan mereka.

Semua kutipan dana yang dikumpulkan oleh pemandu selebriti ini akan disalurkan kepada 31 pertubuhan kebajikan yang berbeza, dengan jumlahnya akan digandakan oleh Volkswagen dan Uber sendiri. Artis yang akan terlibat adalah seperti berikut:

senarai artis

Jadi, anda kini berminat untuk menggunakan Uber dan mendapatkan pemandu selebriti? Langkahnya mudah sahaja. Aktifkan aplikasi uber, dan pilih kenderaan UberVW. Pilih destinasi dan tekan pada ‘Request Celebrity’. Jika ada pemandu selebriti berdekatan, mereka akan datang mengambil anda menggunakan kenderaan Volkswagen.

pilih ubervw

Permintaan mungkin akan meningkat mendadak, jadi teruskan mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Sebanyak RM20 caj tambahan akan dikenakan sebagai sumbangan penumpang kepada acara ini, dengan maksima 30 minit perjalanan serta 3 penumpang dalam satu perjalanan.

Lebih menarik lagi, anda mungkin akan bertemu bukan satu, tetapi dua orang selebriti di dalam volkswagen itu nanti. Untuk meningkatkan kadar kejayaan anda, cuba mendapatkan Ubervw di kawasan seperti Bangsar, segitiga Emas KLCC, Bandar Utama, TTDI, Mont Kiara, Mid Valley, KL Sentral dan beberapa kawasan pilihan di Petaling Jaya.

Dalam setiap perjalanan, penumpang akan menerima #Uberswag eksklusif erta cenderahati volkswagen. Jangan lupa dapatkan tandatangan selebriti di atas #Uberswag anda. tedapat juga pelbagai props di dalam kenderaan itu. Ambil gambar dan rakam video perjalanan anda bersama selebriti sekreatif mungkin dan muatnaik ke laman media sosial anda dengan hashtag #UberVWdrive dan berpeluang memenangi cenderahati eksklusif dari Uber.

senarai pertubuhan kebajikan

Senarai Pertubuhan Kebajikan

Apa komen anda?