Celcom Planet & Exabytes bersama majukan E-Commerce Malaysia

Share Button

Exabytes Networks, peneraju web hosting di Malaysia, menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Celcom Planet bagi menyemarakkan lagi perkembangan pasaran e-commerce di Malaysia. Celcom Planet merupakan satu kerjasama yang diadakan di antara Celcom Axiata dari Malaysia dan SK Planet, subsidiari SK Telecom dari Korea Selatan.

Di Korea Selatan, SK Planet merupakan penyedia lamanweb e-commerce terkemuka iaitu 11ST (disebut 11street). Pada tahun lepas, 11street menguruskan lebih 30 juta pelanggan dengan transaksi berjumlah USD 5 bilion. Manakala Exabytes pula telah sedia ada dengan laman web e-commercenya sendiri, iaitu EasyStore.my.

Kerjasama ini akan membolehkan Exabytes selaku pakar hosting di Malaysia, menyediakan insfrastruktur yang diperlukan Celcom Planet dan sebagai ganti, Celcom Planet akan berkongsi kepakarannya dalam bidang e-commerce yang dibawa dari Korea Selatan. Celcom Planet dijangka akan melancarkan 11ST di Malaysia pada suku kedua tahun 2015.

Kim Hoseok, CEO Celcom Planet menandatangani MoU bersama CEO Exabytes, Chan Kee Siak

Kim Hoseok, CEO Celcom Planet menandatangani MoU bersama CEO Exabytes, Chan Kee Siak

Trackbacks

  1. […] untuk pendaftaran penjual. Kerjasama di antara kedua pihak dan juga penyedia hosting Exabytes telah diumumkan pada bulan Disember tahun […]

Apa komen anda?