Blackberry Classic kembali ke pangkal jalan

Share Button

Bertempat di New York tengah malam tadi waktu Malaysia, CEO Blackberry John Chen telah mengumumkan pelancaran peranti Blackberry yang telah lama dinanti peminat tegar jenama Blackberry, iaitu Blackberry Classic. Blackberry Classic membawa pulang sebaris butang di antara papan kekunci dan skrin, yang telah hilang selepas kemunculan Blackberry OS 10. Butang Call, Menu, Back & End Call membuat kemunculan semula bersama trackpad yang suatu ketika dahulu sering kelihatan pada peranti Bold 9900.

pelancaran blackberry classic di newyork - john chen

Pelancaran Blackberry Classic memberi fokus untuk menarik semula bekas peminat Blackberry, terutama sekali pengguna Bold 9900. Ia membawa mesej UPGRADE iaitu naik taraf dari Bold 9900 kepada Classic. Skrin pada Classic menggunakan nisbah 1:1 sama seperti yang terdapat pada Blackberry Passport. Ia sebesar 3.5-inci dengan resolusi HD 720×720 yang membawakan kepada 294 PPI.

blackberry classic spec

Jika dilihat pada Blackberry Passport, mereka menggunakan segala teknologi terkini yang ada sebagai ramuan perkakas di dalamnya. Tetapi untuk Blackberry Classic, kelihatan ia seperti ala kadar sahaja. CPU yang menggerakkan Classic ialah Qualcomm Snapdragon S4 Plus, 2-teras selaju 1.5GHz. Ia adalah CPU yang sama terdapat pada Blackberry Q10, yang dilancarkan hampir 2 tahun yang lepas. Ini kelihatan sedikit mengecewakan. Grafiknya pula diproses oleh GPU Adreno 225.

Sama seperti Blackberry Q10, Classic dilengkapi dengan 2GB RAM beserta 16GB storan dalaman. Storan ini boleh ditambah lagi menggunakan kad memori mikro SD sebesar 128GB. Selain itu, Classic turut dilengkapi kamera belakang 8MP beserta Auto fokus dan LED Flash, serta kamera depan 2MP yang boleh digunakan untuk Blackberry Meeting.

Dilihat dari segi saiznya, Classic sedikit tebal dari Passport iaitu 10.2mm berbanding hanya 9.3mm pada Passport. Dengan keberatan 178gram pada Classic, ia sedikit ringan dari Passport yang seberat 196gram. Tetapi 178gram adalah satu nilai yang agak berat jika dibandingkan dengan telefon pintar yang lain. Tetapi jika ia menggunakan binaan seperti Passport, Classic pastinya satu peranti yang sekukuh Passport. Yang pasti, papan kekunci pada Classic tentunya dapat memukau kembali pengguna yang gemar menaip di atas papan kekunci fizikal, yang mana dikatakan 4x lebih pantas dari papan kekunci maya Blackberry yang terdapat pada Z10 & Z30.

pelancaran blackberry classic di newyork - blackberry classic 1031

Blackberry Passport dilengkapi sistem operasi Blackberry OS 10.3.1 yang tersedia dengan pelbagai fungsi menarik seperti yang ada pada Passport seperti Amazon Appstore untuk memasang aplikasi Android secara terus, serta Blackberry Blend yang membolehkan tugasan di Blackberry Classic, semuanya dapat dibuat pada peranti lain seperti tablet dan laptop.

pelancaran blackberry classic di newyork - blackberry blend

John Chen mengumumkan Blackberry akan mula diedarkan kepada mereka yang membuat tempahan sebelum ini, pada minggu hadapan. Bagi yang menempahnya hari ini, penghantaran akan dibuat selepas tahun baru. Ianya dijual pada harga USD449 (~RM1599). Malangnya, tiada pengumuman berkaitan jualannya di Asia disebut di pelancaran ini.

Sebelum mengakhiri majlis, John Chen sempat meninggalkan dua pesanan berkenaan aktiviti Blackberry akan datang. Pertama, Blackberry akan mempamerkan ‘Internet of Thing’ (IoT) keluaran Blackberry yang mungkin akan menyaksikan penggunaan QNX pada kereta Maserati ketika pameran CES di Amerika Syarikat. Kedua, Blackberry akan membentangkan pelan untuk penghasilan perantinya dalam 12 bulan akan datang di Mobile World Congress di Sepanyol.

pelancaran blackberry classic di newyork - blackberry classic mosaic

Trackbacks

  1. […] lanjut berkenaan Blackberry Classic, sila rujuk kembali tentang laporan kami semasa pelancarannya di sini. Untuk plan Celcom First, boleh layari lamanweb Celcom […]

  2. […] Blackberry Classic merupakan peranti pertama Blackberry OS10, yang mengembalikan semula trackpad pada peranti. Ia disasarkan kepada pengguna dan peminat-susah-mati Blackberry Bold untuk beralih kepada ekosistem baru Blackberry OS10. Ikuti laporan kami berkenaan spesifikasi Blackbery Classic semasa pelancarannya di sini. […]

Apa komen anda?