#BEaFlasher dengan Alcatel Onetouch Flash

Share Button

Selaku salah satu dari 10 pengeluar terkemuka telefon pintar di dunia, Alcatel kali ini melancarkan model telefon pintar baru di Malaysia, yang memfokuskan kepada kamera dengan harga mampu milik, yang diberi nama Alcatel Onetouch Flash.

Telefon Alcatel Onetouch Flash memiliki spesifikasi pertengahan dengan CPU Mediatek MT6592M, 8-teras 1.4GHz, 1GB RAM & 8GB memori dalaman. Ia dikategorikan sebagai phablet dengan skrin 5.5-inci IPS HD 720p.

Alcatel Onetouch Flash spec

Perkara utama yang menjadikan Onetouch Flash berbeza dalam kelasnya ialah kamera beresolusi tinggi, iaitu kamera belakang 13MP & kamera depan 5MP. Ia dilengkapi dengan mod kecantikan bagi menjadikan kulit lebih licin dan gebu di dalam gambar. Selain itu, Onetouch Flash juga memiliki kapasiti bateri yang besar, iaitu 3200mAH.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Serentak dengan pelancaran ini, Alcatel Malaysia melancarkan kempen #BEaFLasher yang dijangka akan menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan selfie untuk rakyat Malaysia. Di samping itu, Alcatel turut bekerjasama dengan lamanweb Hydraskins.com untuk memberi diskaun eksklusif sebanyak 50% kepada pemilik Alcatel Onetouch dengan menggunakan kod “BEaFlasher”. Promosi ini akan tamat pada 31 Mac 2015.

Alcatel Onetouch Flash akan mula dijual di Malaysia Timur bermula 12 Disember 2014 dan di Malaysia Barat bermula 15 Disember 2014. 2 warna disediakan iaitu Crystal White & Gun Grey. Harga runcit yang disyorkan ialah RM699 dengan flip cover percuma.

Alcatel turut memberi jaminan ‘Screen Warranty Care+’ (SWC+) yang melindungi peranti dengan satu kali penggantian skrin percuma dalam masa 12 bulan dari tarikh pembelian. 1,000 unit pertama Alcatel Onetouch Flash yang dijual juga akan turut disertakan dengan tongkat sakti selfie secara percuma.

Onetouch Flash - White & Grey

Onetouch Flash - depan & belakang

Apa komen anda?