Tiada lagi biru, kekal kelabu di Whatsapp

Share Button

Seluruh dunia digemparkan seketika dalam seminggu yang lepas, apabila kemaskini terbaru aplikasi popular permesejan, iaitu Whatsapp memperkenalkan tanda tick berwarna biru.

Selama ini, Whatsapp menggunakan tanda 1 tick berwarna kelabu untuk menandakan mesej telah dihantar ke server, dan tanda 2 tick kelabu untuk mesej telah diterima kepada penerima mesej. Terbaru, Whatsapp menambah tanda 2 tick berwarna biru bagi menandakan mesej telah dibuka yang sekaligus membawa makna telah dibaca oleh penerima.

Tick Biru di Whatsapp

Ia menggemparkan dunia kerana tanda mesej telah dibaca bakal mengantoikan orang yang selalu memberi alasan tidak membaca mesej. Terutama sekali kepada pasangan yang terlalu mengongkong atau bos yang mahukan pekerja menyiapkan tugasan yang diberi.

Tetapi semalam, Whatsapp telah melepaskan aplikasi BETA di lamanwebnya, yang memberi pilihan kepada pengguna untuk menghantar notifikasi telah dibaca kepada rakan. Ini bermakna, tetapan ini membolehkan tanda 2 tick kekal kelabu, walaupun ia telah dibaca. jadi penghantar mesej akan kekal di dalam kesamaran samada penerima mesej telah membaca mesej yang dihantar atau belum.

Dalam aplikasi BETA itu, pengguna boleh memadamkan tanda 2 tick kelabu dengan pergi ke Setting > Account > Privacy > dan di bawah Messaging, untick Read Receipts. Maka mesej yang telah dibaca tidak lagi bertukar ke warna biru.

Whatsapp tak biru 001 Whatsapp tak biru 002 Whatsapp tak biru 003 Whatsapp tak biru 004 Whatsapp tak biru 005

Aplikasi BETA Whatsapp ini pasti akan dilepaskan secara rasmi dalam masa terdekat. Tetapi bagi yang mahu menggunakannya segera, ataupun tidak lagi mahu penghantar mesej mengetahui mesejnya telah dibaca, bolehlah memuat turun terus fail APK Whatsapp BETA untuk Android ini di lamanweb Whatsapp. Sila gunakan Desktop mode, ataupun layari di PC Desktop atau Laptop untuk memuat turun fail APK ini.

Apa komen anda?