Tayangan Ultra HD 4k tiada masalah di komputer ASUS M32AD

Share Button

Selain menghasilkan telefon pintar dan tablet berasaskan Android, Asus sebenarnya merupakan pengeluar komputer peribadi dan perkakas yang utama. Hari ini Asus mengumumkan komputer peribadi multimedia terbaru mereka, dari siri Asus M32AD, yang boleh digunakan untuk kerja harian mahupun menayangkan video dengan resolusi Ultra HD 4K.

Desktop ini dikuasakan dengan CPU terkini Intel, Intel Core i5-4460 generasi keempat, berkelajuan sehingga 3.40GHz. Ia menjana kuasa visual dari pemproses grafik Nvidia yang berasingan, ataupun pemproses grafik AMD yang terbina dalam. Video Ultra HD 4K tidak menjadi masalah untuk dimainkan menggunakan PC ini.

M32_Right

Operasi yang senyap dan sentiasa sejuk, memastikan perkakas di dalam di tahap memuaskan. Ia memiliki sensor pintar yang mengubah kelajuan kipas dengan efisyen, memastikan ia sentiasa senyap pada tahap biasa, di bawah 25db.

Seperti biasa, sistem bunyi komputer Asus dikuasakan oleh teknologi Asus Sonicmaster dengan MaxxAudio dari Waves, yang menggabungkan bunyi realistik dan sekeliling untuk bermain games atau menonton filem melalui pembesar suara atau headfon.

Untuk lebih pilihan, Asus M32AD boleh dihubungkan dengan televisyen HD berskrin besar melalui kabel HDMI. Penghantaran data juga boleh dilakukan dengan pantas, terima kasih kepada USB SuperSpeed 3.0 yang sedia datang bersamanya.

M32_Multimedia KBM

Lain-lain spesifikasinya adalah seperti RAM 4GB, sambungan LAN Gigabit, pemacu DVD-RW 24x, pembaca kad memori serta didatangkan siap dengan tetikus dan papan kekunci Asus. Komputer peribadi ini dijamin selama 3 tahun, dengan servis di tempat pembeli.

Kompuer peribadi Asus M32AD bleh didapati kini dari kedai komputer dan pengedar sah Asus. Model ME32AD-MY001S yang datang dengan OS Windows 8.1, kad grafik Nvidia GeForce GT720M & storan 1TB, dijual pada harga RM2049. Manakala ME32AD-MY001D yang dilengkapi OS DOS, kad grafik AMD terbina dalaman dan storan 500GB pula berharga RM1599. Monitor dijual berasingan.

M32_Display

Apa komen anda?