Pengimbas cap jari pada telefon Huawei 13 November nanti

Share Button

Huawei Malaysia telah mengeluarkan peringatan, akan kemunculan peranti baru mereka yang akan dilancarkan di Malaysia pada 13 November akan datang. Poster ini membawakan gambar cap jari yang besar sebagai latar, beserta peranti yang mempunyai pengimbas cap jari di belakang.

Dari gambaran yang diberikan di dalam poster ini, tidak lain dan tidak bukan ianya adalah telefon pintar Huawei dengan skrin bersaiz 6-inci, iaitu Ascend Mate 7. Telefon Ascend Mate 7 ini pertama kali diperkenalkan kepada umum pada pameran IFA di Berlin pada bulan September lepas.

Huawei Ascend Mate 7 - spec

Huawei Ascend Mate 7 menampilkan pengimbas cap jari yang terpantas, seperti diberitahu Huawei. Hanya tekapkan jari pada pengimbas, dan ia akan membuka lock pada skrin. Selain ini, ia juga memiliki spesifikasi terbaik dalam telefon pintar Huawei kini, seperti CPU Hisilicon Kirin 925 8+1 teras, 4G LTE CAT6 dan bateri 4100 mAH.

Saksikan pandangan ringkas TheSkop ketika pertama kali melihat Ascend Mate 7 di IFA Berlin yang lepas.

Huawei Ascend Mate 7 - All

Apa komen anda?