MSI GT80 laptop gaming pertama dengan papankekunci mekanikal

Share Button

MSI terus aktif dalam penghasilan laptop khusus untuk gaming, apabila mengumumkan siri terbaru, GT80. Ia akan menampilkan papankekunci mekanikal SteelSeries berlampu pertama di dunia, yang dilengkapi dengan Cherry switches. Kerjasama MSI, SteelSeries dan Cherry ini menjamin kualiti berpanjangan di samping keselesaan semasa bermain games dalam jangka masa yang lama.

Laptop MSI GT80 menampilkan skrin sebesar 18-inci dan dilengkapi kad grafik terbaru Nvidia GTX980M, di samping CPU Mobile terbaik dari Intel. Dengan papankekunci mekanikal ini, ia pasti memberi pengalaman bermain games yang terbaik bagi pemain.

SteelSeries Engine

Mesin gaming mudahalih ini dilengkapi enjin baru SteelSeries, sebuah perisian yang pantas dan efisien dan kini dilengkapi CluodSync, sebuah storan awan yang akan menyimpan tetapan dan menyelarikannya pada semua peralatan SteelSeries pengguna. Pengguna boleh menukar tetapan dengan hanya satu butang yang boleh ditetapkan di dalam Enjin SteelSeries.

Walaupun dilengkapi papankekunci mekanikal, MSI berjaya mereka GT80 lebih nipis dari jenama laptop gaming yang lain dengan hanya 49.1mm tebal dan seberat 4.7kg sahaja.

MSI bekerjasama dengan pasukan games terkemuka di seluruh dunia seperti FNATIC dari Eropah. Selain itu, MSI juga aktif dalam pelbagai aktiviti gaming seperti yang berlangsung kini di Taiwan, iaitu MSI Beat IT 2014.

GT80 Titan 02 GT80 Titan 03

Apa komen anda?