Lenovo YOGA makin nipis makin ringan makin seksi

Share Button

Lenovo telah berjaya mempopularkan laptop boleh ubahnya, Yoga ke seluruh dunia. Hari ini, mereka memperkenakan dua lagi model terbaru dalam keluarga Yoga, iaitu Yoga 3 Pro dan Yoga Tablet 2 Pro.

Jika Yoga 2 Pro dikenali dengan rupanya yang nipis dan ringan, Yoga 3 Pro membawa konsep ini selangkah ke depan apabila menipiskannya lagi ke 12.8mm sahaja, 17% lebih nipis dari Yoga 2 Pro. Ia juga 14% lebih ringan dengan hanya 1.19 kg, lebih ringan dari sebotol air.

Laptop Lenovo YOGA 3 Pro

Laptop baru ini menggunakan engsel seperti jam tangan, yang dibina dari lebih 800 jenis besi & aluminium. Ianya direka semula bagi memberikan fleksibiliti yang sama dan rata seperti di tali jam tangan besi. Tetapi kini ia mempunyai 6 sudut, berbanding 2 sebelum ini.

engsel pada Lenovo YOGA 3 Pro menggunakan lebih 800 besi

Paparan pada skrin Yoga 3 Pro juga lebih terang dan cerah, dengan resolusi QHD+ 3200×1800. Ia juga menggunakan kaca Gorilla yang terkenal dengan ketahanannya untuk dibawa berjalan ke serata dunia.

Dalamannya, ia dikuasakan Intel di dalam, dengan prosesor Intel Core M generasi kelima. RAM sehingga 8GB dan storan SSD sehingga 512GB boleh dimuatkan padanya. Grafiknya dikendalikan cip grafik Intel HD 5300 dan diperkasakan lagi dengan pembesar suara premium dari JBL dengan pengiktirafan Waves Audio.

Laptop Lenovo Yoga 3 Pro dijual pada harga bermula dari RM4999 dengan tiga pilihan warna: Clementine Orange, Champagne Gold dan Platinum. Ia boleh mula dibeli pada penghujung bulan November 2014.

barisan juri Urbanscapes 2014 dari kiri Dennis Yin, Khoo Chun Huan dari Lenovo Malaysia, Vernon Chan dan DJ Eva T

Bersama pelancaran model YOGA yang baru ini, Lenovo turut bekerjasama dengan acara Urbanscapes 2014. Lenovo akan melancarkan pertandingan dalam talian bertajuk “Technology Inspires Creativity” di mana peminat akan menghantar seni lukis kulit peranti beserta slogan. Ia akan diadili oleh empat orang panel juri iaitu DJ Eva T yang terkenal dengan gelaran “Electronic Dance Music Queen”, Dennis Yin yang telah memenangi banyak anugerah tarian berkumpulan, blogger teknologi terkemuka, Vernon Chan serta Yuyu Zulaikha, tokoh fesyen berpengaruh tempatan. Tiga pemenang akan dipilih bagi memenangi peranti YOGA terkini, wang tunai dan tiket ke Urbanscapes 2014 di Genting Highlands pada 6 Disember 2014.

Laptop Lenovo YOGA 3 Pro dengan Mod Khemah

Laptop Lenovo YOGA 3 Pro sama nipis dengan GALAXY Note 4

Lenovo YOGA 3 Pro menggunakan engsel seakan jam tangan

Lenovo YOGA 3 Pro sangat nipis

Lenovo YOGA 3 Pro diperagakan

 

Apa komen anda?