Katniss bantu DiGi perkenal Note 4 Emas

Share Button

DiGi Telecommunications berterusan memberikan ganjaran buat pelanggan setianya, apabila baru-baru ini menjemput 250 pelanggannya untuk menonton Jennifer Lawrence sebagai Katniss Everdeen di dalam filem terbaru Hunger Games : The Mockingjay Part 1.‎

Tayangan filem ini dibuat di MBO Cinemas, Citta Mall Subang Jaya. Ia juga diadakan bersempena pengenalan warna baru bagi telefon pintar Samsung GALAXY Note 4, iaitu Bronze Gold. Sebelum tayangan bermula, penonton dikejutkan dengan aksi flashmob seorang penjenayah sedang dikejar polis. Adegan kejar-mengejar & tembak-menembak itu berlaku di dalam dewan tayangan & diakhiri dengan visual Niam Leeson di layar perak, mengucapkan tahniah kepada penjenayah yang berjaya melepaskan diri.

DiGi Note 4 - Flashmob 001 DiGi Note 4 - Flashmob 002 DiGi Note 4 - Flashmob 003 DiGi Note 4 - Flashmob 004

Telefon Samsung GALAXY Note 4 boleh didapati di DiGi dengan kontrak DiGi Smartplan pada harga serendah RM1,169 dengan 3 pilihan warna iaitu Frost White, Charcoal Black dan terbaru Bronze Gold. Pelanggan setia DiGi yang telah menggunakan talian DiGi lebih dari 12 bulan, dapat memiliki Note 4 ini tanpa perlu membayar wang pendahuluan. Untuk lebih maklumat berkaitan plan DiGi bersama Note 4, layari lamanweb http://www.digi.com.my/note4

GALAXY Note 4 Bronze Gold

Apa komen anda?