Gantung tablet di dinding atau pancarkan sebagai projektor

Share Button

Bersamaan dengan pelancaran laptop Yoga 3 Pro, Lenovo turut sama memperkenalkan tablet dari keluarga Yoga, iaitu Yoga Tablet 2 Pro. Ianya direka dengan kerjasama Ashton Kutcher, yang menyertai Lenovo tahun lepas sebagai Jurutera Produk.

Perkara yang unik pada tablet baru ini ialah, ia dilengkapi piko projektor. Ia boleh menjadikan dinding sebagai skrin TV atau filem untuk ditonton ramai.
Projektor pada Lenovo YOGA Tablet 2 Pro

Lenovo Yoga yang dikenali dengan 3 mod penggunaan, kini diperkenalkan dengan mod keempat yang baru, iaitu mod Hang atau tergantung, menjadikannya seperti bingkai gambar di dinding. 3 mod sedia ada iaitu hold, tilt dan stand boleh terus digunakan seperti model sebelum ini.

Lenovo YOGA Tablet 2 Pro Hang mode

Lenovo Yoga Tablet 2 Pro menggunakan CPU Intel Atom generasi ke-4, dengan 2GB RAM dan 32GB memori dalaman. Ia menggunakan OS Android 4.4 KitKat.

Tablet ini juga merupakan peranti multimedia yang hebat. Ia mempunyai pembesar suara 8w yang dilengkapi subwoofer. Skrin IPS 13.3-inci dengan resolusi QHD 2560*1440 melengkapkan kehebatannya, mungkin boleh berkongsi menonton filem bersama rakan. Bateri 9600mAH pasti mampu menayangkan penuh filem sehingga tamat.

Pembesar suara dengan subwoofer pada Lenovo YOGA Tablet 2 Pro

Sebagai peranti moden, ia mempunyai kamera belakang dengan resolusi 8MP, dan kamera depan 1.6MP. Ia menyokong rangkaian 4G-LTE untuk internet pantas serta WiFi dan Bluetooth untuk sambungan lain.

Lenovo Yoga Tablet 2 Pro datang dalam warna Platinum. Dengan ketebalan senipis 3.7mm dan berat 950 gram sahaja, ia dijual pada harga rm1999 dan datang percuma dengan sleeve case, JBL earfon dan pelindung skrin. Seperti laptop, Yoga Tablet 2 Pro akan mula dijual pada penghujung November 2014.

Bersama Yoga Tablet Pro 2 ini, Lenovo turut mempamerkan Yoga Tablet 2 dengan skrin 8-inci dan OS android 4.4 KitKat yang dijual pada harga rm1099, serta Yoga Tablet 2 with Windows dengan skrin 10.1-inci dan OS Windows 8.1 berharga rm1599.

Lenovo YOGA Tablet 2 sekeluarga sebaris

Lenovo YOGA Tablet 2

Lenovo YOGA Tablet 2 dengan Windows

 

Lenovo YOGA Tablet 2 sekeluarga

Apa komen anda?