Astro menambah 10 saluran baru, percuma selama 3 bulan

Share Button

Astro semalam, dalam satu acara pelancaran menyerupai filem Star Wars, telah mengumumkan 10 saluran baru menjadikan jumlah saluran yang terdapat pada Astro kini kepada lebih 180 saluran. Kesemua 10 saluran yang baru ini akan mula beroperasi bermula dari 16 November 2014 dan mengandungi lapan buah saluran Berdefinisi Tinggi (HD) dan dua buah saluran Definisi Standard (SD).

Pelancaran 10 saluran baru ASTRO dengan aksi Star Wars

Saluran HD Astro bermula dengan hanya empat buah saluran sewaktu dilancarkan pada 2009 sebelum bertambah ke 40 buah saluran. Pelancaran lapan buah saluran HD pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 48 buah saluran HD. Saluran baharu HD yang dilancarkan adalah:

  • Fox Family Movies HD (Saluran 434)
  • Fox Action Movies HD (Saluran 430)
  • HITS HD (Saluran 720)
  • FYI HD (Saluran 736)
  • Astro AEC HD (Saluran 306)
  • Astro Shuang Xing HD (Saluran 307)
  • DIVA HD (Saluran 723)
  • FOX HD (Saluran 724)

Saluran HD di Astro

Manakala saluran SD baharu pula adalah:

  • ZooMoo (Saluran 619)
  • Celestial Classic Movies (Saluran 321)

Buat pertama kalinya, Astro akan menawarkan kandungan video atas permintaan (VOD), Astro Plus, yang mengandungi lebih seribu jam tayangan filem Hollywood, program televisyen dari Amerika Syarikat dengan musim lengkap serta rancangan untuk kanak-kanak. Para pelanggan hanya perlu mempunyai sambungan internet menerusi Rakaman Video Peribadi (PVR) atau Astro on the Go (AOTG) untuk menonton kesemua program kegemaran mengikut keinginan, masa, tempat dan keselesaan mereka sama ada menerusi televisyen, komputer peribadi atau tablet mahupun telefon bimbit.

Pek Astro untuk semua

Astro turut melancarkan dua pakej baharu iaitu Fans Pack (Value Pack 4) dan Astro Super Pack Plus yang menawarkan lebih pilihan dan nilai kepada para pelanggan. Fans Pack yang boleh dilanggan dengan bayaran RM99 sebulan, bakal menarik peminat sukan yang gemar tayangan berbentuk HD di samping berpeluang menonton kandungan hiburan terbaik tempatan dan Asia.

ASTRO Fans Pack

Astro Super Pack Plus yang bermula dengan RM178 menawarkan perkhidmatan video atas permintaan terbaharu, Astro Plus, pilihan pek premium seperti Mustika, Dynasty, Astro On Demand, Astro Box Office, Maharaja dan Chakravathy serta saluran seperti A-List dan termasuk akses Astro’s Listen dan perkhidmatan digital Read dan Play.

Pelanggan Astro PVR dengan Super Pack akan menikmati pratonton secara percuma kepada semua perkhidmatan dan saluran Astro Super Pack Plus bermula 1 Disember 2014 sehingga hujung Februari 2015!

ASTRO Super Pack Plus

Sementara itu, yuran HD juga akan dinaikkan dari RM20 ke RM25 bermula 1 Disember 2014. Ini merupakan kenaikan pertama yuran perkhidmatan HD sejak diperkenalkan pada 2009. Bermula 16 November 2014 sehingga penghujung Februari 2015, kesemua pelanggan Astro HD akan menikmati pratonton percuma untuk kesemua saluran HD dan SD baharu termasuk capaian kepada Astro on the Go bermula 1 Disember 2014 sehingga penghujung Februari 2015.

Astro kini dinikmati 4.2 juta isi rumah di Malaysia dan 16 juta penonton serata dunia dan ia merupakan pilihan lebih 60 peratus rakyat Malaysia. Dalam ruang digital, Astro telah mencapai 1.2 juta muat turun menerusi aplikasi AOTG dengan lebih 500,000 pengguna berdaftar yang menikmati lebih 30 buah saluran dan 6,000 jam kandungan video atas permintaan pada bila-bila masa dan di mana-mana yang mereka suka.

Dari kiri:  Richard Woo dari AE+N NETWORKS ASIA Vineet Puri dari Fox International Channels,  Catherine Nebauer dari ZooMoo channel  Avinash Himatsinghani dari Rewind Networks Pte Ltd, Todd Miller dari Celestial Tiger Entertainment,  Henry Tan, Chief Operating Officer, Astro Dato' Rohana Rozhan, Chief Executive Officer, Astro Liew Swee Lin, Chief Commercial Officer, Astro Scott Mackenzie dari Universal Networks International

Dari kiri:
Richard Woo dari AE+N NETWORKS ASIA
Vineet Puri dari Fox International Channels,
Catherine Nebauer dari ZooMoo channel
Avinash Himatsinghani dari Rewind Networks Pte Ltd,
Todd Miller dari Celestial Tiger Entertainment,
Henry Tan, Chief Operating Officer, Astro
Dato’ Rohana Rozhan, Chief Executive Officer, Astro
Liew Swee Lin, Chief Commercial Officer, Astro
Scott Mackenzie dari Universal Networks International

Comments

  1. Tolonglah astro jangan naikkan lagi pakej hd.harga sekarang pun sudah mahal.banyak lagi komintment kami untuk bayar macam macam lagi.tolong jangan naikan harga sesukahati.tolong astro jangan nak menindas je.sesuka hati je naikkan harga.hentikan naik harga lagi.bagi harga yang tetap sahaja sampai bila bila.tolonglah astro dengar suara hati kami pembayar bil astro.

Apa komen anda?