YES 4G tawarkan GALAXY Note 4 serendah RM799

Share Button

Selain dari syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan 4G LTE, nampaknya syarikat 4G Wimax turut sama menyediakan plan kontrak khas yang disertakan telefon pintar terkini Samsung GALAXY Note 4. YES, jenama yang beroperasi di bawa YTL Communications telah melancarkan promosi plan Super Postpaid Samsung Note 4 dengan Huddle XS. Dengan plan ini, pelanggan bleh mendapatkan GALAXY Note 4 pada harga serendah RM799, berbanding harga asal RM2499.

Pelanggan yang mendaftar dengan plan ini akan menerima peranti hotspot 4G mudahalih Huddle XS yang bernilai rm480 secara percuma, dan akan diikat dengan kontrak selama 24 bulan. Dengan bayaran serendah RM99 sebulan, pelanggan akan boleh melayari internet dengan kelajuan 4G sehingga 8GB sebulan, 2000 minit panggilan dan juga 2000 SMS.

Untuk mendapatkan GALAXY Note 4 pada harga RM799, pelanggan perlu mendaftar kontrak 24 bulan dengan plan Super 158 yang datang dengan kuota data 10GB sebulan, 2000 minit panggilan dan juga 200 sms.

Samsung GALAXY Note 4 dengan skrin Quad HD Super AMOLED sebesar 5.7-inci, memiliki kamera belakang 16MP yagn datang dengan penstabil imej optikal untuk gambar yang jelas dan tajam. Ia boleh didapati dari kedai YES dengan pilihan warna hitam atau putih. Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi YES ini, sila layari laman web YES di http://www.yes.my/v3/personal/whats-hot/note4.do

Samsung Note 4 with Huddle XS Super Postpaid Plan Promotion Yes Samsung Note 4 with Huddle XS Super Postpaid Plan Promotion

Comments

Apa komen anda?