WD Purple khas untuk kawalan video CCTV

Share Button

Pengeluar storan terkemuka dunia, Wester Digital (WD) hari ini mengumumkan model terbaru untuk cakera keras mereka, iaitu WD Purple yang direka khusus untuk kegunaan pengawasan video seperti CCTV.

Storan ini sesuai untuk kegunaan rumah atau syarikat kecil bagi sistem keselamatan yang memerlukan sehingga lapan cakera keras dan juga sehingga 32 kamera video definisi tinggi (HD). Ianya boleh didapati dalam kapasiti bermula dari 1TB sehingga 6TB.

WD Purple depan

WD Purple portCakera keras WD Purple ini menggunakan beberapa teknologi terkini seperti AllFrame yang mengurangkan kehilangan frame video dan meningkatkan kualiti memainkan video, serta teknologi IntelliSeek yang menggunakan kelajuan mencari optimum bagi mengimbangi penggunaan tenaga, sekaligus mengurangkan bunyi bising dan getaran bagi memanjangkan lagi hayat cakera keras.

Direka untuk kegunaan mudah bersama apa jua sistem pengawasan video, cakera keras WD Purple ini telah diuji serasi dengan kebanyakan jenama terkemuka pengawasan video. Pengguna boleh melihat jenis dan kapasiti cakera yang bersesuaian dengan keperluan mereka di lamanweb WD di sini: http://www.wd.com/en/products/products.aspx?id=1210

Achieva Technology Sdn Bhd, Amble Action Sdn Bhd dan Eternal Asia (M) Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengedar cakera keras WD Purple di Malaysia. Ia boleh didapati dalam kapasiti 1TB, 2TB, 3TB, 4TB, 5TB dan 6TB dan dilindungi dengan jaminan terhad oleh WD selama tiga tahun. Harga yang disyorkan untuk model 3.5-inci 6TB (WD60PURX) ialah RM1,088.00. Maklumat lanjut boleh didapati di http://products.wd.com/wdpurple

WD Purple banner

Apa komen anda?