Test Produk : HTC Desire 610

Share Button

HTC Desire 610 merupakan peranti berkelas pertengahan, yang dilengkapi rangkaian data mudahlalih terpantas 4G LTE. Ia dilancarkan di Malaysia bersama HTC One M8 dan Desire 816 pada bulan Mei yang lepas. Dengan ciri utama terkini HTC iaitu dua speaker stereo di hadapan, ia menjadi peranti termurah HTC dengan fungsi ini.

HTC Desire 610 specKuasa dalaman utama Desire 610 dihasilkan dari CPU Qualcomm Snapdragon 400, 4-teras berkelajuan 1.2GHz. Ia CPU yang sama seperti Desire 816, tetapi lebih perlahan sedikit. RAMnya pula sebesar 1GB dengan memori dalaman 8GB yang boleh ditambah kemudian dengan kad mikro-SD.

HTC Desire 610 depan HTC Desire 610 belakang

Dari segi luaran, Desire 610 dilihat sebagai peranti yang dibina dengan material plastik polikarbonat. Seperti abang besarnya Desire 816, belakang Desire 610 menggunakan plastik yang licin dan berkilau. Manakala bingkai badan dan bahagian hadapan pula menggunakan kemasan matte.

Paparan pada Desire 610 menggunakan skrin sebesar 4.7-inci dengan resolusi 960×540, kurang sedikit untuk dikelaskan sebagai paparan HD dan dipanggil suku-HD (qHD). Tiga butang utama Android iaitu back, home & previous apps diletakkan secara maya di atas skrin. Ini bermakna paparan mungkin terpotong sedikit apabila butang mahu digunakan, tetapi ia menjadikan rekaan lebih pendek kerana penjimatan ruang tanpa butang fizikal.

Antara yang menarik pada Desire 610 ialah pembesar suaranya. Ia dilengkapi dua pembesar suara stereo, yang diletakkan di hadapan telefon, satu di atas skrin dan satu di bawah skrin. HTC telah mengamalkan pembesar suara sebegini dan terbukti bunyi yang dihasilkan adalah lebih baik dan lenbih kuat. Ditambah lagi dengan teknologi HTC BoomSound dan amplifier yang terbina menjadikan kualiti bunyi yang dihasilkan Desire 610 sangat menakjubkan, jauh meninggalkan peranti lain yang sekelas dengannya.

HTC Desire 610 depan atas HTC Desire 610 depan bawah

Selain skrin 4.7-inci dan dua pembesar suara stereo di hadapan, boleh kelihatan logo kecil HTC diletakkan di bawah skrin, serta kamera hadapan dengan resolusi 1.3MP di atas skrin, di sebelah kanan pembesar suara.

HTC Desire 610 belakang atas kamera

Apabila dilihat di belakang badan Desire 610, kelihatan logo HTC besar di tengahnya, di balik kilauan plastik yang menyelubunginya. Kamera utama 8 MP dengan sensor BSI terletak di bahagian tengah atas telefon. Manakala lampu flash LED terletak lebih atas dari kamera.

HTC Desire 610 atas bawah

HTC Desire 610 kanan HTC Desire 610 kiri HTC Desire 610 kiri slot

HTC meletakkan butang kawalan bunyi di sebelah kanan telefon. Manakala butang kuasa diletakkan di atas telefon, bersebelahan port audio 3.5mm. Untuk peranti sebesar ini, agak mudah untuk mencapai butang kuasa menggunakan jari telunjuk. Di sebelah kiri telefon terdapat ruang untuk kad-sim dan juga kad mikro-SD. HTC telah menggunakan kad-sim bersaiz nano sejak One M7 diperkenalkan, jadi Desire 610 juga turut sama menggunakan kad-sim nano. Ruang kad-sim dan kad mikro-sd ini ditutup dengan penutup plastik yang boleh diumpil dengan mudah menggunakan kuku, tanpa perlukan jarum atau pin.

HTC Desire 610 UI - Blinkfeed HTC Desire 610 UI - Home HTC Desire 610 UI - Widget

HTC Desire 610 UI - about phone HTC Desire 610 UI - about OS HTC Desire 610 UI - Settings

Desire 610 menggunakan Android 4.4 KitKat dengan antaramuka yang direka khas oleh HTC, iaitu HTC Sense 6.0. Antara fungsi utama HTC Sense 6.0 ialah BlinkFeed, yang memaparan berita terkini pilihan pengguna, serta kemaskini status dari laman sosial yang dihubungkan seperti Facebook dan Twitter.

HTC Desire 610 UI - Extreme Power Saver HTC Desire 610 UI - Power Saver HTC Desire 610 UI - Extreme Power Saver UI

Penjimatan bateri pada Desire 610 boleh dipanjangkan dengan dua mod, iaitu Power Saver yang menghadkan kuasa CPU, mengurangkan kecerahan skrin, memadamkan gegaran dan menutup sambungan data apabila skrin dipadamkan. Manakala mod kedua pula dikenali sebagai Extreme Power Saving. Ia sama seperti mod Power Saver, tetapi ditambah dengan had aplikasi yang dijalankan. Ia akan mengubah antaramuka menjadi sangat ringkat yang memaparkan aplikasi asas seperti panggilan, sms, emel, kalendar dan kalkulator, bagi memastikan telefon boleh digunakan untuk jangkamasa lebih lama.

HTC Desire 610 Camera - interface HTC Desire 610 Camera - effects HTC Desire 610 Camera - filters HTC Desire 610 Camera - frames HTC Desire 610 Camera - tools

Kamera utama di belakang yang boleh menangkap gambar 8MP dan video HD penuh 1080p datang bersama aplikasi kamera HTC yang menarik. Aplikasi kamera HTC mempunyai beberapa fungsi manual seperti pilihan scene, ISO sehingga 1600, kawalan exposure, white balance dan juga beberapa filter bagi mencantikkan lagi gambar. Gambar juga boleh diedit terus dengan pelbagai efek atau ditambah bingkai selepas diambil. Kamera pada Desire 610 sangat pantas untuk memfokus dan mengambil gambar, jadi pengguna tidak akan terlepas saat-saat penting.

HTC Desire 610 Benchmark - CPU Prime HTC Desire 610 Benchmark - Antutu HTC Desire 610 Benchmark - Quadrant HTC Desire 610 Benchmark - 3Dmark

Untuk mengukur prestasi, beberapa aplikasi benchmark digunakan. Desire 610 memperolehi markah 3044 pada CPU Prime Benchmark. Pada Antutu Benchmark pula, ia mendapat 18714 markah. Quadrant Benchmark pula memberi 9975 markkah buat Desire 610. Akhir sekali pada 3DMark, ia mendapat 5812 markah pada ujian Ice Storm, 2880 markah untuk ujian Ice Storm Extreme dan 4873 markah pada ujian Ice Storm Unlimited. Ini meletakkan Desire 610 pada kelas pertengahan, sepertimana peranti lain yang menggunakan CPU Snapdragon 400 yang lain.

htc-desire-610-white htc-desire-610-darkblue

Di Malaysia, HTC Desire 610 boleh dibeli dengan dua warna pilihan iaitu putih dan biru gelap. Semasa pelancarannya bersama One M8 dan Desire 816 pada Mei lepas, Desire 610 diumumkan dijual pada harga RM999. Jika anda berminat dengan speaker depan berteknologi BoomSound beserta 4G LTE dengan skrin di bawah 5-inci, Desire 610 ini pasti berada di senarai teratas pilihan.

Apa komen anda?