KEMASKINI: Rakam tahi bintang dengan ZTE Star1

Share Button

ZTE Malaysia buat julung kalinya akan mengadakan majlis pelancaran untuk telefon pintar berasaskan Android mereka esok. ZTE dijangka akan memperkenalkan lima telefon pintar semasa pelancaran itu, dengan fokus utama mereka pada model ZTE Star1.

ZTE Star1 membawakan telefon pintar dengan rekaan menarik, nipis dan ringan dengan prestasi yang memuaskan. Badannya senipis 6.58mm sahaja. Ia menggunakan CPU Snapdragon 400 1.6GHz, 2GB RAM dan 16GB memori dalaman serta slot mikro-sd untuk tambahan memori. Baterinya pula berkapasiti 2300mAH. Ia dilengkapi dengan Android 4.4 KitKat.

ZTE Star1 - spec

Ia menggunakan skrin 5-inci IPS HD penuh 1920×1080. Kamera belakangnya mengambil gambar pada resolusi 8MP dan kamera depan 5MP. Antara yang menarik pada kamera Star1 ini ialah, keupayaan mengambil gambar pergerakan tahi bintang.

Selain ini, Star1 juga merupakan peranti dengan keupayaan 4G-LTE. Lebih menarik lagi, ia menyokong format 4G-LTE FDD yang digunakan Malaysia, dan juga format TDD yang digunakan beberapa negara lain seperti China. Jadi, Star1 boleh digunakan di semua negara yang mempunyai 4G-LTE.

ZTE Malaysia akan menjual Star1 pada harga RM1,088. Selain dari Star1, ZTE akan turut melancarkan 4 lagi telefon pintar lain yang lebih mampu milik.

ZTE Star1 - depan

ZTE Star1 - kanan

ZTE Star1 - kiri

ZTE Star1 - atas

ZTE Star1 - bawah

ZTE Star1 - depan atas

ZTE Star1 - depan bawah

Apa komen anda?