Nikmati Audio berkualiti di pejabat dengan Jabra Evolve

Share Button

Jabra memang sedia dikenali sebagai pengeluar produk audio bermutu tinggi dan hari ini, mereka melebarkan portfolio produk mereka dengan memperkenalkan produk yang disasarkan untuk golongan pekerja dan perniagaan, iaitu Jabra Evolve.

Jabra Evolve merupakan set alat pendengaran profesional pertama dalam industri yang menepati keperluan golongan pekerja komunikasi dan pengetahuan. Ia mampu mempertingkatkan produktiviti kerja dengan mewujudkan satu “zon tumpuan peribadi” untuk para pekerja.

Rangkaian produk ini terdiri daripada lima model headphone yang direka khas untuk menghalang sebarang gangguan bunyi bising di tempat kerja terbuka. Mikrofon joran yang disepadukan pada cekak headphone, membezakan Jabra Evolve dari headphone pengguna biasa. Ia juga dilengkapi dengan lampu yang memberi isyarat khas agar pengguna yang sedang sibuk tidak diganggu.

Ben Samman memperkenalkan Jabra Evolve

Menurut Ben Samman, Pengarah Urusan Jabra ASEAN, persekitaran tempat kerja yang terbuka dan bising boleh mengundang pelbagai bentuk gangguan. Namun, set alat pendengaran Jabra Evolve mampu mewujudkan zon tumpuan peribadi yang menyeluruh bagi meningkatkan kepuasan bekerja dan membolehkan pekerja menjalankan tugas dengan lebih fokus. Kami amat gembira dapat memperkenalkan set alat pendengaran Jabra Evolve yang baru dilancarkan di Malaysia ini. Kami juga yakin bahawa produk inovatif terkini ini bakal memberi pengalaman unik kepada mana-mana pejabat.

Jabra Evolve hadir dalam 5 model yang berlainan bentuk dan fungsi iaitu model 20, 30, 40, 65 dan 80. Antara fungsi utamanya termasuk:

  • Lampu Penunjuk: Lampu penunjuk bina dalam ini dapat memberi indikasi kepada rakan setugas secara berkesan bahawa si pemakainya sedang sibuk.
  • Khas untuk Muzik dan Komunikasi: Set alat pendengaran ini menawarkan prestasi audio yang bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan golongan profesional dalam industri komunikasi dan hiburan.
  • Direka Khas untuk Kemudahan Bergerak: Jabra Evolve 65, dilengkapi kemampuan Bluetooth terbina. Set alat pendengaran bagi model lain daripada rangkaian Jabra juga hadir dengan kemudahan pasang-dan-main untuk komputer atau peranti mudah alih yang lain serta boleh digunakan bersama USB dan stereo jack 3.5mm.
  • Binaan berkualiti untuk keselasaan: Rangkaian produk ini tampil dengan alat pendengaran bersaiz besar dan berkusyen. Busa pada alat pendengaran tersebut telah direka khas agar sesuai untuk pemakaian setiap pengguna berbeza di samping menghalang sebarang gangguan bunyi bising di pejabat.

Jabra Evolve 80 dengan active noise cancellition

Selain itu, produk utama Jabra Evolve 80 turut menawarkan fungsi penghalang bunyi bising tambahan dengan gaya pemakaian yang selesa pada kepala. Ia juga merupakan set alat pendengaran profesional pertama dalam industri yang menawarkan fungsi penghalang gangguan bunyi bising secara aktif bagi membolehkan pengguna menikmati daya tumpuan yang lebih menyeluruh.

senarai lengkap harga Jabra Evolve

Dengan status produk khas perniagaan, Jabra Evolve tidak boleh didapati dari kedai-kedai atau dipamerkan di almari penjual headphone. Untuk membelinya,  sila berhubung dengan Gladys Kong, Pengurus  Jualan Malaysia dan Brunei, Jabra Business Solutions di alamat emel gkong@jabra.com atau hubungi ejen Jabra bahagian perniagaan yang terdekat dengan melayari laman www.jabra.com

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Apa komen anda?