KEMASKINI: Harga rasmi iPhone 6 & 6 Plus

Share Button

Tiga syarikat telekomunikasi mengesahkan akan memasarkan iPhone 6 dan 6 Plus pada 7 November ini iaitu Maxis, Celcom dan DiGi (yang telah membuat pengumuman semalam).

Manakala U Mobile akan mengikut jejak langkah tersebut dengan memasarkannya kira-kira dua minggu selepas tiga syarikat itu menawarkannya di pasaran.

Maxis dikatakan syarikat paling banyak menempah iPhone 6 dan iPhone 6 Plus dengan sejumlah 150,000 unit untuk kedua-duanya. Sumber dalaman syarikat-syarikat telekomunikasi itu menyebut stok akan tiba melalui kapal di Pelabuhan Klang pada 2 November 2014 dan dijangka mendapat pelepasan kastam pada hari yang sama sebelum masuk ke lokasi penyimpanan masing-masing selewat-lewatnya 4 November 2014.

Harga iPhone 6 dan 6 Plus di Malaysia seperti berikut:

iPhone 6:

16 GB – RM2,399
64 GB  – RM2,749
128 GB –  RM3,149

iPhone 6 Plus:

16 GB – RM2,749
64 GB  – RM3,149
128 GB – RM3,549

Senarai telko yang bersedia menjual iPhone 6:

> iPhone 6 di DiGi serendah RM557 sahaja

> Maxis pamerkan harga iPhone 6 dan tawaran Midnight Express tanpa perlu beratur

Comments

  1. Ahmad Fuad Adzmi

    U are wrong. i can accept the price for iphone 6 but not the 6 plus.

    reason is because iphone 6 64gb is the same price with iphone 6 plus in every country apple store. you can check yourself for example in SG. thanks

Apa komen anda?