Lihat gambar sebenar Google Maps dengan Street View di Malaysia

Share Button

Google Malaysia secara rasminya mengumumkan Street View, sebahagian dari fungsi Google Maps yang memaparkan gambar sebenar tempat di dalam peta, kini boleh mula digunakan di Malaysia. Usaha ini dimulakan Google Malaysia hampir setahun lalu dengan memandu kereta Street View untuk merakamkan gambar-gambar d Malaysia.

Google Maps Street View Malaysia 001

Google menyatakan ia kini menerbitkan hampir 90 peratus imej-imej pemandangan yang didapati disepanjang jalan-jalan di Semenanjung Malaysia,termasuk lebuhraya-lebuhraya utama dan jalan-jalan bertol, jalan negeri, pusat bandar dan kawasan kejiranan. Imej itu juga turut menunjukkan kawasan-kawasan bukan jalan utama (offroad) yang diambil oleh ‘Street View Trekker’ menggunakan sistem kamera diletakkan di beg sandang.

Antara imej-imej baharu yang diberi tumpuan termasuk:
– Taman Negara National Park, antara hutan hujan tertua
– Destinasi pelancongan pulau terkenal seperti Langkawi dan Pangkor
– Pulau Pinang dan Melaka, kedua-duanya tapak warisan UNESCO
– Pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya

Dengan adanya Street View di Malaysia kini, Google berharap dapat membantu menyediakan perkhidmatan yang lebih berguna kepada rakyat Malaysia, di samping memberikan memberikan alternatif untuk melihat kawasan kegemaran atau yang tidak diketahui sebelum ini di Malaysia. Dengan maklumat peta yang lebih baik ini, Google yakin ia dapat membantu perkembangan ekonomi di dalam negara.

Google Maps pegman Google Maps real view

Di kawasan terdapat ‘Street View’, imejnya boleh diakses dengan mengheret ikon berwarna jingga ‘Pegman’ kebahagian sebelah kanan peta, ke atas jalan berwarna biru. Di dalam Google Maps baharu, orang ramai juga boleh mencari destinasi tempatan dan di mana terdapat akses kepada imej Street View dari karusel imej (imagery carousel) terdapat di bawah skrin.

Antara fungsi yang ada pada Street Maps ialah, melihat gambar-gambar berbeza yang telah diambil sebelum ini. Ini kerana kereta Google Street View akan terus memandu dan merakam gambar walaupun ia telah melalui kawasan tersebut, terutama sekali di dalam bandar. Dengan ini, pengguna boleh membandingkan gambar yang dirakam tahun lepas, dengan gabar yang dirakam tahun ini. Google mungkin akan menyimpan gambar di tempat ang sama setiap tahun, jadi pengguna boleh melihat perkembangan atau perbezaan di tempat itu.

Google Maps history 2013 Google Maps history2014

Google juga memastikan privasi di Google Maps akan dijaga dengan baik ketika pengguna menggunakan imej Street View ini. Google telah membangunkan teknologi sofistikated yang dapat mengkaburkan wajah manusia dan plat kenderaan bagi menghalang mereka di kenal pasti. Sebagai tambahan, Google juga dapat menunaikan permintaan mereka yang tidak mahu wajah atau imej mereka dipaparkan di Street View dengan menghantar permintaan tersebut melalui “Report a problem” yang terdapat di bahagian bawah kanan Google Maps.

Layari maps.google.com.my untuk memulakan pengembaraan.

Google Maps Street View Malaysia 003

Cara Penggunaan Google Maps Street View di telefon pintar

Trackbacks

  1. […] View di Malaysia diperkenalkan pada September tahun lalu. Hampir 80% pemandangan jalan awam di Sabah dan Sarawak kini boleh dilihat menerusi […]

Apa komen anda?