Kelajuan tablet #GoFaster dengan teknologi Intel

Share Button

Intel Malaysia hari ini menganjurkan acara “Performance Matters tablet showcase” di Speedway PLUS Go-Kart Circuit, bagi memperlihatkan bagaimana dengan bahan-bahan yang tepat, seperti penggunaan CPU di dalam tablet boleh memberi impak kepada keupayaan untuk mencapai lebih banyak, apabila masa menjadi sangat penting.

Berdasarkan konsep kepentingan masa dan menyiapkan kerja lebih pantas, acara ini menampilkan bagaimana peranti mudahalih yang dikuasakan Intel boleh membantu pengguna menjimatkan masa dan dapat melakukan lebih banyak kerja agar lebih banyak perkara boleh dicapai setiap hari.

Acara ini memperlihatkan beberapa peranti mudahalih yang dikuasakan oleh prosesor Intel Atom, daripada pengeluar seperti Acer dan Lenovo. Ia selaras dengan falsafah yang sering dilaungkan Intel selama ini: Jika ia boleh mengira dan berhubung, yang terbaik adalah dengan Intel.

George Chacko memperagakan peranti Acer Iconia Tab 8 and Lenovo Miix 2

George Chacko memperagakan peranti Acer Iconia Tab 8 and Lenovo Miix 2

George Chacko, Pengarah Serantau, Pemasaran Produk Tablet, Intel APAC & Jepun, berkongsi bersama hadirin bagaimana pentingnya menggunakan produk teknologi yang betul, untuk mendapatkan prestasi terbaik. Kini terdapat bermacam jenis tablet dalam pasaran, dengan pelbagai saiz skrin, jenis sambungan dan sistem operasi. Intel memfokuskan pada kualiti dalam teknologi yang memperkasakan tablet. Dengan adanya label Intel Inside pada tablet, ia pasti boleh pergi lebih pantas.

Antara teknologi yang bakal diperkenalkan Intel khusus untuk peranti mudahalih ialah:

– Prosesor Intel Core yang lebih berkuasa, bersaiz 14nm untuk lebih penjimatan tenaga
– Realsense yang boleh membuat ubahsuai pada gambar dan video secara terus
– Memainkan video resolusi 4K dengan lancar
– arkitektur 64-bit bagi memastikan lebih data diproses dalam satu kitaran dan akses kepada RAM yang lebih besar
– sistem pengecaman identiti biometrik yang lebih tepat dan pantas
– keselamatan yang lebih ketat bagi memastikan tiada kebocoran maklumat kepada pihak tidak bertanggungjawab

Satu pertandingan Go-Kart telah diadakan bersama pada cara ini. Pemenang tempat pertama membawa pulang trofi dan juga Tablet JOI 8, tablet pertama jenama Malaysia dan dikuasakan oleh prosesor Intel, serta menggunakan sistem operasi Microsoft Windows 8.1. Tablet JOI 8 ini ditaja oleh SNS Network Sdn. Bhd.

Bersedia sebelum memulakan perlumbaan

Pelumba berentap dalam Intel Performance Matter Speedrace challenge

Pemenang Intel Performance Matter Speedrace challenge

Apa komen anda?