iPhone 6 di DiGi serendah RM557 sahaja

Share Button

Hari ini, Digi mengumumkan harga bagi pratempah iPhone 6 dan iPhone 6 Plus beserta plan mereka di lamanweb DiGi. Dengan membuat pratempah di lamanweb mereka selewatnya 5 Oktober, pembeli boleh menunggu dengan selesa di rumah. Penghantaran akan dibuat bermula 6 Oktober 2014.

DiGi menyenaraikan harga runcit bagi iPhone 6 16GB pada RM2399. Nampaknya peningkatan harga minyak tidak memberi kesan pada harga iPhone 6 yang baru ini, kerana ia sama dengan harga iPhone 5S ketika pertama kali dilancarkan tahun lepas. Manakala harga bagi iPhone 6 Plus 16GB pula ialah RM2749.

DiGi menawarkan iPhone 6 16GB serendah Rm557 dengan kontrak 24 bulan pada plan iDiGi238. Manakala iPhone 6 Plus 16Gb pula boleh didapati dengan harga RM892 pada plan iDiGi238 serta kontrak 24 bulan. Bagi pelanggan DiGi yang telah menggunakan DiGi lebih 12 bulan, mereka tidak perlu membuat bayaran pendahuluan.

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus boleh ditempah di DiGi dengan pilihan 3 warna iaitu Silver, Gold dan Space Grey. Ia juga boleh dipilih dari 3 kapasiti memori dalaman iaitu 16GB, 64GB dan 128GB. DiGi menawarkan plan iDiGi 50, iDiGi 78, iDiGi 108, iDiGi 148 dan iDiGi 238. Layari lamanweb DiGi untuk mula menempah atau mendapatkan maklumat lanjut.

DiGi iPhone 6

DiGi Iphone 6 Plus

Digi i238 dengan iPhone 6 16GB

Digi i238 dengan iPhone 6 Plus 16GB

Trackbacks

  1. […] > iPhone 6 di DiGi serendah RM557 sahaja […]

Apa komen anda?