iPad Mini 3 baru ada Touch ID

Share Button

Antara yang muncul dalam keynote Apple pagi tadi, ialah iPad Mini 3. iPad Mini merupakan tablet dengan skrin sebesar 7.9-inci, berbeza dengan iPad biasa berskrin 10-inci. Tim Cook mengumumkan, iPad Mini 3 yang baru ini kini datang dengan pengimbas cap jari Touch ID.

Apabila diperhatikan, iPad Mini 3 ini tidak mendatangkan perubahan dari segi dalaman, dibandingkan dengan iPad Mini 2. CPU padanya masih dikuasakan cip Apple A7 dan dipadankan dengan pemproses gerakan M7. Cip A7 adalah cip 64-bit pertama dihasilkan Apple, yang dapat memaksimakan potensi pada OS terbarunya, iOS 8. Manakala cip M7 pula memproses sensor seperti accelerometer, gyroscope, kompas dan GPS. Jangka hayat bateri-nya juga kekal, mampu bertahan sehingga 10 jam lamanya.

Dari luarnya pula, ia masih menggunakan skrin IPS 7.9-inci dengan paparan Retina beresolusi 2048×1536. Perkara yang paling berbeza pada iPad Mini 3 dan iPad Mini 2 ialah pada butang Home. iPad Mini 3 kini mempunyai Touch ID, pengimbas cap jari yang boleh digunakan sebagai pengganti kata laluan.

ipad-mini3-touch_id_large

Kamera pada iPad Mini 3 juga masih kekal sama seperti Mini 2. Kamera belakang iSight menangkap gambar 5MP, manakala kamera depan FaceTime HD pula 1.2MP. Dengan iOS 8 yang baru, ia boleh menghasilkan video time-lapse. Tetapi ia tidak boleh merakam video gerak-perlahan kerana tidak boleh merakam video pada 120fps.

iPad Mini 3 yang baru ini akan datang dalam tiga warna, iaitu silver, space grey dan gold. Harga untuk iPad Mini 3 (WiFi) ialah USD399 untuk 16GB, USD499 untuk 64GB dan USD599 untuk 128GB. Manakala untuk versi 4G LTE ialah USD529 untuk 16GB, USD629 untuk 64GB dan USD729 untuk 128GB.

ipad-mini3-step1-wifi-gray ipad-mini3-step1-wifi-gold ipad-mini3-step1-wifi-silver

Apa komen anda?