GALAXY Note 4 tiba di Malaysia 17 Oktober?

Share Button

Bulan Oktober menyaksikan banyak ketibaan telefon pintar ke pasaran Malaysia. Salah satu yang hangat diperkatakan dan dinanti ramai ialah model terbaru Samsung yang merevolusikan dunia telefon pintar dengan gelaran phablet pertama sehinggakan Apple turut sama mengikutinya, itulah dia GALAXY Note 4.

Beberapa gambar telah tersebar di media sosial yang menyatakan Samsung akan mengadakan acara S Carpet secara besar-besaran di seluruh dunia dalam bulan ini, bagi memulakan penjualan GALAXY Note 4. Dari gambar itu, tarikh jualan GALAXY Note 4 di Malaysia jatuh pada hari Jumaat, 17 Oktober 2014. Itu bermakna 2 minggu dari sekarang.

Note 4 S Carpet

Digi Malaysia telah pun mula membuat pra-daftar GALAXY Note 4 yang memberi tiga warna untuk dipilih: Frosted White, Charcoal Black dan Bronze Gold. Boleh dijangkakan, 3 warna ini akan dijual pada hari jualan kelak. Satu lagi warna, iaitu Pink,  jika mengikut tradisi Samsung Malaysia, akan dijual sebulan dua kemudian.

Adakah anda bersedia untuk mendapatkan #NextBigThing ini?

Note 4 semua warna

Apa komen anda?