GALAXY Note 4 berharga RM2499 di Malaysia

Share Button

Selepas dilancarkan julung kalinya di IFA Berlin pada bulan lepas, Samsung Malaysia akhirnya telah membawakan GALAXY Note 4 ke Malaysia. Acara pelancaran GALAXY Note 4 dengan karpet biru ini telah dibuat dengan gilang-gemilangnya pagi tadi. Acara ini disertai oleh selebriti terkenal Malaysia Puan Sri Tiara Jacquelina, Fahrin Ahmad, Pandalela Rinong serta beberapa yang lain.

GALAXY Note 4 - Lee Dong Yong menunjukkan Note 4, Gear Circle dan Gear S

GALAXY Note 4 - Selebriti turut sama dalam pelancaran

Perasmian pelancaran GALAXY Note 4 pula disempurnakan oleh Presiden Samsung Malaysia, Encik Lee Dong Yong. Bersempena pelancaran ini, Samsung telah memperlihatkan kepada media yang hadir, keupayaan terbaru GALAXY Note 4, terutama sekali penggunaan S-Pen yang telah dipertingkatkan fungsinya.

Samsung akan mula menjual GALAXY Note 4 pada Jumaat ini, 17 Oktober 2014 di beberapa kedai Samsung Store yang terpilih. Di samping itu, Samsung juga membuat promosi khas untuk 100 pembeli Note 4 terawal di setiap tempat. Mereka akan menerima earfon Gear Circle, secara percuma. Info lanjut, sila rujuk laporan kami sebelum ini: Gear Circle menanti pembeli terawal GALAXY Note 4

Selain promosi dari Samsung, syarikat telekomunikasi di Malaysia turut sama membuat promosi tersendiri, yang dipadankan dengan kontrak dan plan mereka. Celcom, DiGi, Maxis dan U Mobile telah mengumumkan akan pendaftaran minat. Info lanjut, sila rujuk laporan kami sebelum ini: Semua Telko bersedia melancarkan GALAXY Note 4

GALAXY Note 4 - selebriti tekun mendengar penerangan

GALAXY Note 4 - Fahrin gembira dengan Note 4

Trackbacks

  1. […] Warna terbaru ini dapat dilihat dari laman beli-belah dalam talian, Superbuy. Galaxy Note 4 telah dilancarkan di Malaysia pada Oktober tahun lepas, kini mmepunyai 4 pilihan warna iaitu Putih, Hitam, Emas Gangsa dan terbaru […]

Apa komen anda?