GALAXY Note 4 berharga RM0 dengan U Mobile

Share Button

Bersempena pelancaran Samsung GALAXY Note 4 yang baru, U Mobile kini menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk penggunanya memiliki telefon pintar terbaru Samsung ini.

Pengguna yang mahu mendapatkan Note 4 melalui kontrak plan pascabayar, mereka tidak perlu membayar deposit pendahuluan jika memilih plan U88 atau U Plus, dan membayarnya menggunakan kad kredit serta mendaftar untuk bayaran bil auto-debit. Dengan plan beserta kontrak 24 bulan ini, pengguna dapat membeli Note 4 serendah RM1,099 dan tidak perlu membayar deposit.

Selain itu, pengguna juga boleh membeli Note 4 dengan diskaun jika menebusnya dengan telefon bimbit yang lain. Telefon pintar seperti iPhone, Samsung, Sony dan HTC diterima untuk ditebus kepada Note 4 yang baru. Malah, U Mobile turut menawarkan kepada mana-mana pengguna yang menebus iPhone 5S mana-mana kapasiti dan mendaftar plan U Plus, mereka berpeluang untuk mendapatkan Samsung Galaxy Note 4 dengan bayaran RM0. Ya tidak perlu membayar untuk Note 4 itu.

Bagi pemilik kad kredit Citibank, mereka boleh mendapatkan Note 4 ini dengan plan bayaran mudah 0% (EPP) secara ansuran, dan menerima rebat sehingga RM200 mengikut plan pascabayar yang didaftarkan. Jadi, kos untuk memiliki Note 4 akan menjadi serendah RM899 sahaja.

Promosi Samsung GALAXY Note 4 ini boleh didapati sekarang di semua cawangan U Mobile. Untuk lebih maklumat lanjut dan info berkaitan, layari www.u.com.my atau ziarah segera mana-mana cawangan U Mobile berhampiran.

U Mobile Note 4 U Mobile Note 4 - plan contract 24 bulan U Mobile Note 4 - Citibank harga tebus telefon lain untuk Note 4

Apa komen anda?