#CJPlayground jadikan Cyberjaya padang permainan kreatif untuk belia

Share Button

Bertempat di MAGiC Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd hari ini mengumumkan satu festival selama 3-hari yang diberi nama Cyberjaya Creative Playground (#CJPlayground) sebagai salah satu aktiviti untuk mencungkil bakat & kreativiti di kalangan anak muda.

Festival selama 3-hari ini dijayakan dengan kerjasama Go International Group Sdn Bhd serta Spotgamers. Ia akan menjadi platform untuk belia belajar, mencari, mencipta & meluahkan inovasi & idea baru. Turut sama dalam acara pengumuman ini ialah Faris Yahaya, Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd, Rinie Ramli, CEO Spotgamers Sdn Bhd dan Jasmine Low, Pengarah Urusan GO International Group Sdn Bhd. David Garpenstahl, salah seorang pemberi ucaptama TECHTalk, turut menyertai acara pengumuman melalui panggilan Skype.

CJPlayground dari kiri, Jasmine Low, Faris Yahaya dan Rinie Ramli

CJPlayground Skype bersama David Garpenstahl

Faris Yahaya menjelaskan, Cyberjaya telah lama menjadi pusat perkembangan bagi Malaysia dan banyak syarikat antarabangsa terutama sekali bagi ICT & kandungan multimedia kreatif. Banyak bakat telah dilahirkan di sini. Salah satu contoh ialah Animonsta yang telah terkenal di seluruh dunia dalam industri animasi. Kami berharap untuk menjadikan #CJPlayground pusat bakat muda ini berkumpul untuk berkongsi idea sesama mereka, sekaligus meningkatkan skil entrepeneur dalam menghasilkan aktiviti, rekaan, produk dan idea lebih kreatif.

Tiga acara utama #CJPlayground selama 3 hari ini merangkumi teknologi, muzik & permainan komputer. Ia berlangsung dari 14-16 November 2014 bertempat di Universiti Lim Kok Wing dan Universiti Multimedia, Cyberjaya.

Warga kerja CJPlayground

Teknologi: Cyberjaya Creative TECHTalk (15 November)

Sertai bersama 1000 lagi penggerak, penggegar dan peneraju teknologi dalam Creative Tech Talk yang dihoskan oleh Cyberview Sdn Bhd. David Garpenstahl, entrepeneur berjaya dari Sweden turut sama memberi ucaptama.

Muzik: Battle of the bands (15 November)

Konsert #CJPlayground ini diadakan bersama FEYST: Independent youth Festival serta Global Battle of the Bands (GBoB). Rakyat Malaysia digalakkan menyertai pertandingan ini untuk peluang memenangi tiket ke Oslo, Norway dan membuat persembahan di GBoB World Finals pada Mac 2015. Tiada tajaan syarikat arak & rokok untuk muzik yang bersih! Acara ini akan disertai lebih 30 band seperti OAG, Y2K, Couple, S.O.G, An Honest Mistake, The Nose dah The Outbreak yang akan membuat persembahan secara langsung di atas dua pentas. Yuran penyertaan setiap pasukan ialah RM100. Untuk mendaftar, layari www.FEYST.com

Permainan Komputer: Cyberfusion LAN Party (14-16 November)

Selaku pemegang rekod dunia Guinness World Book of Record sebagau LAN Party paling lama di dunia, selama 40 jam dengan penyertaan 276 peserta pada 2009, Cyberfusion kembali lagi tahun ini bersama #CJplayground. Peserta boleh menyertai pertandingan permainan komputer dalam acara 3 hari 2 malam ini dengan tajuk seperti Countersrike: Global Offensive, FIFA, DOTA dan Battlefield 4.

 

Untuk masuk menonton atau melihat mana-mana acara di atas, harga tiket adalah seperti berikut:

Cyberfusion LAN Party: masuk percuma
CJ TECHTalk: RM68 seorang atau RM48 untuk 500 orang pertama
CJConcert (GBoB Malaysia Final): RM68 seorang atau RM48 untuk 500 orang pertama
FESTIVAL PASS (CJ TECHTalk+CJConcert): RM88 untuk 500 orang pertama sahaja

Sila ambil maklum, harga di atas adalah untuk menonton sahaja. Untuk menyertai acara pertandingan dan maklumat penuh berkenaan acara ini, sila layari www.cjplayground.com.my

CJPlayground Juara GBoB sedunia

CJPlayground Ketua Juri GBoB - abang Rom dari ROTTW

CJPlayground Juri GBoB - Saiful dari Y2K

CJPlayground Rinie Ramli menerangkan tentang Cyberfusion LAN Party

CJPlayground Rinie Ramli menunjuk cara bermain FIFA kepada Faris Yahya

CJPlayground Custom PC dari Apes.my

Comments

Apa komen anda?