Apple perkenal iPad Air 2 yang lebih nipis

Share Button

Hari ini, Tim Cook selaku CEO Apple telah mengumumkan pelancaran iPad yang baru. Bukan satu, tetapi dua iPad baru yang akan berada di pasaran kelak, iaitu iPad Air 2 yang sangat nipis dan juga iPad Mini 3 dengan skrin 7.9-inci. Ia akan dikuasakan dengan OS terbaru iaitu iOS 8.

iPad Air pertama kali muncul tahun lepas menampilkan iPad yang sangat nipis dengan ketebalan 7.5mm dan skrin 10-inci. Kini iPad Air 2 yang baru ini menjadi lebih nipis, hanya 6.1mm sahaja. Ia kini mempunyai berat 437 gram.

ipad air 2 - durable_largeiPad Air 2 mengekalkan paparan retina beresolusi 2048×1536. Dengan teknologi baru, ia berjaya menjadiakan tiga lapisan paparan ini, menjadi satu supaya lebih nipis. Skrin ini juga disalut dengan lapisan anti reflektif, menjadikannya tablet paling kurang pantulan cahaya untuk penggunaan yang lebih selesa, terutama di bawah terik mentari.

iPad Air 2 kali ini menerima enjin pemprosesan yang baru. CPU A8X yang merupakan cip 64-bit generasi kedua Apple, boleh memproses 40% lebih pantas berbanding cip A7. Prestasi grafik juga kini 2.5x lebih mengagumkan, untuk kualiti grafik seakan komputer desktop. Walaupun prestasi kini meningkat, tetapi ia tidak menjejaskan jangka hayat bateri. Tablet ini mampu bertahan sehingga 10 jam lamanya, di dalam case senipis 6.1mm ini. iPad Air juga datang dengan pemproses gerakan M8 yang mempunyai sensor seperti accelerometer, compass, gyroscope dan juga barometer yang baru.

iPad Air 2 juga memiliki kamera iSight yang baru. Kamera belakangnya kini merakam gambar pada resolusi 8MP dan video HD 1080p. Ia boleh merakam video time-lapse, serta video gerak-perlahan dengan kemampuan 120fps pada 720p. Selain itu, ia dilengkapi mod burst untuk memilih gambar terbaik dari 10 gambar yang diambil serta mod panorama beresolusi tinggi. Fungsi panorama ini boleh merakam gambar sehingga 42MP

Kamera hadapan juga menerima peningkatan. Kamera Facetime HD kini mempunyai apertur F2.2 dan boleh menerima 81% lebih cahaya agar gambar lebih terang. Ia merakam gambar sebesar 1.2MP dan video pada 720p.

touchunlock_large

Paling utama, iPad Ar 2 kini memiliki pengimbas cap jari Touch ID, yang pertama kali muncul pada iPhone 5S. Dengan Touch ID, pengguna boleh membuka kunci skrin dengan mengimbas cap jari, serta membuat belian di AppStore dengan lebih pantas. Ia juga boleh menggantikan kata laluan pada aplikasi yang memerlukannya.

iPad Air 2 yang baru ini akan datang dalam tiga warna, iaitu silver, space grey dan gold. Harga untuk iPadi Air 2 (WiFi) ialah USD499 untuk 16GB, USD599 untuk 64GB dan USD699 untuk 128GB. Manakala untuk versi 4G LTE ialah USD629 untuk 16GB, USD729 untuk 64GB dan USD829 untuk 128GB.

ipad-air-select-gray-201410 ipad-air-select-silver-201410 ipad-air-select-gold-201410

Apa komen anda?