Adakah kelajuan USB3.0 anda benar? Pastikan

Share Button

Apa yang anda tahun tentang USB 3.0 ni? OK, lebih laju, lebih pantas, lebih cepat. Tapi sebenarnya ia lebih dari ini. USB 3.0 mempunyai pengurusan tenaga yang lebih baik, dan output tenaga yang lebih tinggi. Ia juga mempunyai penggunaan saluran yang lebih baik. Kali ni Sandisk nak berkongsi berkenaan apa yang dimaksudkan dengan kelebihan USB 3.0 berbanding USB 2.0.

Paling utama, USB 3.0 ni memang laju, sangat LAJU. Secara teori, ia 60x lebih laju dari USB 2.0. Ia ibarat, terbang dari Malaysia ke Sweden dalam masa 12 minit, yang biasanya mengambil masa 12 jam. Bayangkan, ambil air tin kegemaran anda. Buka, dan hirup beberapa tegukan. Kemudian bersandar pada kerusi dan anda telah pun tiba di destinasi. Macam tu punya laju.

Sebagai contoh, USB drive macam Sandisk Extreme PRO USB 3.0 boleh memuat turun satu filem lengkap bersaiz 2GB dalam masa 8 saat sahaja. Jika dibandingkan balik dengan USB 2.0, ibarat kereta lumba dengan basikal. Ya, memang USB 3.0 sangat laju, tapi bukan ini sahaja kisah di sebalik USB 3.0. Sebab, tak semua USB 3.0 mampu mencapai kelajuan sebegini.

Mari kita lihat kenapa kelajuan berbeza pada USB 3.0 yang berlainan. Pertama sekali, adakah komputer anda mempunyai port USB 3.0? Kebanyakan komputer desktop dan laptop yang baru mempunyai port USB 3.0, tapi bagaimana jika tidak ada? USB drive 3.0 anda masih lebih laju dari USB 2.0. Kenapa? bayangkan port USB anda ibarat paip atau terowong. USB 3.0 menghantar data sangat laju sehingga mencapai kapasiti maksima terowong tu, berbanding USB 2.0 yang tak dapat menggunakan kapasiti terowong sepenuhnya. Jika ada port USB 3.0, terowong itu menjadi lebih besar, jadi lebih banyak data boleh disalurkan.

Tetapi tak semua drive USB 3.0 itu dicipta sama. Bagaimana untuk memilih yang terbaik? Banyak USB drive di luar sana mengaku USB 3.0 tapi ia tidak memberi kelajuan seperti yang diharapkan. Malah, ada yang mungkin tidak selaju drive USb 2.0 pun. Mengapa ia boleh terjadi sebegini?

Ia seumpama memandu melebihi hadlaju. Katakanlah, hadlaju di satu jalan ni, 60km/j dan anda memandu selaju 70 km/j. Polis trafik akan memberhentikan anda dan menyaman kerana memandu melebihi hadlaju. OK, 70km/j itu dikira di dalam zon USB 3.0. Tetapi tiba-tiba lalu sebuah kereta sukan dengan kelajuan 280 km/j di tepi anda. Ya, kereta sukan itu pun melebihi hadlaju, di dalam zon USB 3.0 sama seperti anda, tetapi ia lebih laju.

Inilah dilemanya, Apabila ke kedai untuk membeli USB Drive 3.0, macam mana nak kenalpasti ia selaju 70km/j atau 280km/j. Secara asasnya, ada 3 cara. Pertama, lihat pada harganya. Pepatah apa yang anda bayar itu yang anda dapat mempunyai makna di sini. Kedua, lihat pada logonya dan ketiga, perhatikan sepsifikasinya. Hanya jenama yang yakin dengan produk mereka, akan menyenaraikan berapa kelajuan data pada label produk mereka.

Sandisk Extreme Pro USB3

Kerana itu, Sandisk Extreme PRO memenuhi semua standard ini. Pindah data seperti filem dalam 8 saat, atau 1000 gambar dalam 35 saat. Ia mempunyai kapasiti 128GB dan 60 kali lebih laju dari USB 2.0. Dengan aplikasi tambahan seperti Sadisk Secure Access, yang meletakkan kata kunci pada USB Drive anda. Casingnya juga diperbuat dari aluminium yang nampak sejuk. Harganya? memang agak mahal, tapi Sandisk ada menawarkan pilihan lain.

Sandisk Extreme USB3 Sandisk Ultra USB3

Selain versi PRO, Sandisk Extreme turut menawarkan USB Drive 3.0 dengan saiz dari 16GB hingga 64GB, dengan kemampuan memindah data macam filem 2GB dalam 10 saat. Sedikit lambat dari Extreme PRO. Versi seterusnya ialah Sandisk Ultra dengan kemampuan menulis data sehinga 100mb/s. Muat pindah filem akan mengambil masa sekitar 40 saat, tapi ia masih 10x lebih pantas dari USB 2.0. Akhir sekali ialah Sandisk Ultra Fit. Rekaan yang cantik menawan tetapi sepantas Sandisk Ultra, malah sangat kecil sehingga boleh dibiarkan sahaja pada port USB di komputer.

Jadi inilah perkongsian dari Sandisk mengenai makna sebenar USB 3.0 dan cara-cara untuk memilih dengan tepat. Apa yang pasti, jenama Sandisk boleh menjadi kepercayaan dalam memilih produk berasaskan USB 3.0 ini. Hanya pilih sahaja filem yang mahu ditonton, dan ia akan bersedia untuk dicabut dari komputer dalam masa 8 saat.

Sandisk Infographics - USB3.0

Apa komen anda?