Kongsi internet 4G LTE dengan DiGi Mobifi

Share Button

Pelanggan DiGi kini boleh memiliki hotspot wifi sendiri kerana DiGi baru memperkenalkan MobiFi, sebuah router mudahalih tanpa wayar yang membenarkan sehingga 10 sambungan peranti melalui WiFi sekaligus ke internet.

Ia kini boleh dimiliki dengan bayaran bulanan serendah RM7 sebulan bersama tiga jenis plan internet mudahalih yang bermula dari RM25 sebulan. pelanggan DiGi boleh memilih dari Mobifi 3G dengan bayaran RM7 sebulan atau Mobifi 4G LTE dengna bayaran RM18 sebulan, yang didatangkan sekali dengan bateri terbina dalam, pengecas dinding dan pengecas kereta.

Tiga plan baru internet mudahalih DiGi yang didatangkan sekali dengan peranti Mobifi atau kad-sim sahaja, adalah Broadband 25 yang datang dengan 2GB data dengan bayaran RM25 sebulan, Broadband 45 dengan 2GB data dan bayaran RM45 sebulan atau Broadband 65 dengan bayaran RM65 sebulan, dan datang dengan 8GB data yang dibahagikan kepada 4GB untuk sepanjang masa, dan tambahan 4GB dari jam 2am sehingga 8am.

Jika pengguna menggunakan data melebihi kuota ini, ianya boleh ditambah nilai dari serendah RM1. Pengguna DiGi sedia ada boleh mendapatkan diskaunRM5 apabila mendaftar dengan mana-mana plan baru ini. Layari http://digi.my/broadband untuk lebih maklumat lanjut.

Internet_DiGi_-_Best_for_Internet_-_2014-10-29_23.16.55

DiGi Mobifi 001

Comments

    • TheSkop

      kena hubungi Digi tentang bayaran bil ni. Boleh cuba berhubung melalui laman sosial di Facebook Digi atau twitter @myDigi

    • TheSkop

      bayar bil macam biasa, pergi ke mana-mana pusat servis DiGi atau saluran yang boleh menerima bayaran bil DiGi

    • TheSkop

      RM18 sebualan ini untuk bayaran modem MobiFi 4G, iaitu Alcatel Y850. DiGi membolehkan ia dibayar secara ansuran selama 24 bulan, dengan bayaran 12 bulan pertama hanya RM18. Ini bermakna, anda perlu membayar plan DiGi broadband & tambah RM18 sebulan untuk bayaran modem. Mungkin anda mengambil plan DiGi Broadband 65, jadi bayaran minima sebulan menjadi RM65+18 = RM83.

Apa komen anda?