UBER diharamkan di Malaysia???

Share Button

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan akan melancarkan operasi memburu pemilik kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan UBER, bermula 1 Oktober 2014 ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata penggunaan kenderaan persendirian untuk mengambil penumpang adalah melanggar Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, yang boleh didenda tidak melebihi RM10,000, penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali. Ia juga bercanggah dengan Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 kerana tidak memiliki lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam, yang pelakunya boleh didenda tidak melebihi RM10,000, penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Ismail berkata pihaknya mengesan kira-kira 50 buah kereta termasuk kereta mewah seperti Jaguar dan Mercedes Benz yang menawarkan perkhidmatan Uber itu. Selain individu yang menawarkan perkhidmatan Uber, lapan syarikat tempatan juga dikenal pasti bekerjasama menawarkan perkhidmatan Uber di sekitar Lembah Klang, katanya.

Beliau berkata perkhidmatan Uber semakin popular kerana perkhidmatannya lebih murah, cepat dan baik namun penumpangnya tidak dilindungi insurans. Ismail memberi contoh caj dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ialah RM34.50 untuk perkhidmatan Uber bajet manakala teksi biasa RM55.20.

Baru-baru ini mahkamah serantau Jerman dilaporkan mengeluarkan injunksi sementara terhadap Uber kerana pemandunya tidak mempunyai lesen komersial yang diperlukan untuk mengambil penumpang. Perkhidmatan Uber juga dilaporkan tidak dibenarkan beroperasi di Jakarta kerana tidak memiliki permit pengangkutan awam.

SUMBER: http://www.astroawani.com/news/show/operasi-buru-pemilik-kenderaan-persendirian-tawar-perkhidmatan-uber-44470?cp

UBER everywhere

Apa komen anda?