Tempah Lumia 735 dan Lumia 830 sekarang untuk hadiah percuma

Share Button

Nokia Lumia 735 dan Lumia 830 telah selamat diperkenalkan di Malaysia pada minggu lepas. Kedua-dua telefon ini yang pertama kali diperkenalkan di Berlin bulan lepas, akan mula dijual di Malaysia pada Jumaat, 3 Oktober 2014. Bersempena itu, Microsoft Malaysia serta rakaniaga turut sama menyediakan beberapa tawaran menarik untuk pembeli awal telefon pintar baru ini.

Bagi Lumia 735, ia boleh mula ditempah mulai sekarang di lamanweb www.Lazada.com.my serta www.Storekini.com. Lazada menawarkan potongan harga 10% atau RM100 dari harga sebenar RM999 bagi mereka yang menempah sebelum 3 Oktober 2014.

Lazada-promosi-lumia735-nokia-0315-375447-1-zoom

Manakala Storekini pula menawarkan hadiah percuma bernilai ~RM500 untuk pembeli yang membuat tempahan awal di lamanweb mereka. Pembeli akan mendapat baucer Storekini bernilai RM25, Headphone Coloud Knockout WH-520 bernilai RM99 dan powerbank 2600mAH. Hadiah percuma ini ditambah dengan Speaker Concerto bernilai RM188, jika pembeli membuat tempahan dan membayar deposit RM99 serta datang sendiri untuk mengambil tempahan di pejabat Storekini. Selain itu, pembeli berpeluang untuk membeli Nokia Wireless Charging Plate DT-900 pada harga RM100 sahaja, berbanding harga sebenar RM269.

Storekini-promosi-Lumia735_SB2

Tetapi jika pembeli tidak berminat membuat tempahan awal, mereka boleh terus membeli Lumia 735 di Nokia Stores yang mengambil bahagian dan mendapat Headphone Coloud Knock WH-520 percuma. Senarai Nokia Store yang mengambil bahagian boleh dirujuk di bawah.

Pomosi Nokia Lumia 735 dan 830

Manakala untuk Lumia 830, bagi pembelian di Nokia Stores yang turut serta dengan promosi ini, 500 pelanggan pertama yang membeli Lumia 830 akan menerima salinan percuma Office 365 Home Premium edition bernilai RM249.99. Office 365 Home Premium edition membolehkan pengguna menggunakannya pada 1 telefon pintar, 1 tablet dan 1 PC bagi setiap pengguna, untuk maksimum lima orang pengguna.

Baca berita mengenai pelancaran dan info berkenaan Lumia 735 dan Lumia 830 pada laporan kami sebelum ini di: http://theskop.com/2014/09/lumia-830-dan-735-telah-tiba-di-malaysia-dari-jerman/

 

[ez_box title=”Senarai Nokia Stores yang turut serta dengan promosi ini” color=”grey”]

Lembah Klang: Hello Station (Low Yat Plaza, The Gardens, Bangsar Village II, Pavillion, Suria KLCC, 1 Utama, The Curve, Sunway Pyramid Mall, Aeon Bukit Tinggi), URS Telecommunication (Seri Kembangan), BBS Distributions (LowYat Plaza), Amber Channel Trading (Digital Mall), Gadget Boutique (Paradigm Mall), VLIFE Communications (Wangsa Walk Mall), Lee Wai Trading (Pertama Complex)

Utara & Selatan: Incomm Marketing (Aeon Jusco Tebrau City), Speak Phone (Jusco Melaka and Mahkota Parade Shopping Centre), Northern Point Cellular & Accessories (Persiaran Gurney)

Pantai Timur & Malaysia Timur: TriStar Solution Distribution (Kota Bahru Mall), Metro Electronic Supplies (Centre Point, KK), Allied Marketing & Trading Co (Wisma Saberkas, Kuching), TL Communication Supply & Services (Bintang Plaza, Miri),

[/ez_box]

 

Apa komen anda?