Nokia Lumia 530 berharga RM57 sahaja!

Share Button

Microsoft Malaysia menawarkan promosi istimewa bersempena Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September akan datang. Bermula dari 12 September sehingga 16 September 2014, dengan setiap pembelian telefon pintar Lumia yang terpilih, pembeli boleh mendapatkan Lumia 530 pada harga RM57 sahaja.

Terdapat empat telefon pintar Lumia yang membolehkan pembeli membeli Lumia 530 pada harga RM57 iaitu Lumia 1520 (RRP RM1699), Lumia 930 (RRP RM1999), Lumia 630 (RRP RM499) dan Lumia 530 itu sendiri yang berharga RM355.

Ini bermakna, pembeli boleh mendapatkan 2 ketul telefon pintar Lumia 530 pada harga RM 412 sahaja! Rujuk gambar di bawah untuk melihat senarai kedai yang mengambil bahagian dalam promosi Lumia 530 RM57 ini.

store participate

Apa komen anda?