#MYCyberSale Promosi Online terbesar di Malaysia

Share Button

Rakyat Malaysia memang gemar membeli-belah. Di malaysia terdapat banyak kompleks membeli-belah dan pasar malam serta gerai jalanan seperti uptown dan downtown serta bazaar bagi memenuhi keinginan ini. Industri runcit di Malaysia berkembang pada kadar 6% setiap tahun.

Bagaimanapun, trend ini telah berubah. Rakyat Malaysia kian aktif menggunakan peranti pintar mereka dalam semua aspek kehidupan. Cara membeli-belah juga berubah kepada kedai dalam talian. Ia menjadi sangat popular kerana pelbagai pilihan dan promosi diperolehi pada keselesaan di atas sofa di dalam rumah. Serentak dengan itu, E-Commerce menjadi semakin penting dan penggunaan bayaran dan kewangan dalam talian menjadi kunci perkembangan perniagaan.

Dengan lebih 25.3 juta pengguna internet di Malaysia yang merangkumi 89% dari jumlah penduduk, perniagaan di Malaysia mempunyai potensi tinggi dalam industri E-Commerce. Dengan kadar penembusan jalurlebar melebihi 67%, ia bakal membawa industri E-Commerce bernilai RM72.3 bilion menjelang 2015.

Semakin ramai pembeli membeli-belah ketika bergerak, dengan 42% dari pengguna telefon pintar telah membuat pembelian menggunakan telefon mereka. Dengan perkembangan yang memberansangkan ini, Multimedia Development Corporation (MDeC) di bawah Digital Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menggerakkan #MYCyberSale sebagai pemangkin untuk industri E-Commerce juga sebagai peransang untuk budaya membeli-belah dalam talian di Malaysia.

#MYCyberSale disertai oleh nama-nama ternama perniagaan dalam talian seperti Groupon, Lelong, Rakuten, Zalora, Lazada dan banyak lagi yang akan menawarkan pelbagai tawaran dan promosi menarik sepanjang ia dijalankan. #MYCyberSale akan berlangsung selama 3 hari dari Isnin 29 September hingga hari Rabu 1 Oktober 2014.

Layari www.mycybersale.my untuk maklumat lanjut.

MYCyberSale-S1

Apa komen anda?