Lumia 830 dan 735 telah tiba di Malaysia dari Jerman

Share Button

Dalam satu acara unik yang diadakan di dalam salah satu dewan pawagam GSC Signature, The Gardens Kuala Lumpur, Microsoft hari ini melancarkan 2 lagi model terbaru telefon pintar Lumia mereka, iaitu Lumia 830 dan Lumia 735. Telefon ini pertama kali diperlihatkan pada pameran IFA di Berlin, Jerman pada bulan lepas.

Lumia 830 berharga rm1399 dan Lumia 735 rm999 bermula 3 Oktober

Kedua-dua telefon Lumia ini akan dijual di malaysia dengan harga RM1399 untuk Lumia 830 dan RM999 untuk Lumia 735. Ia dikuasakan oleh sistem operasi Windows Phone 8.1 yang diperkasakan lagi dengan sistem Lumia Denim yang terbaru. IA juga dilengkapi rangkaian 4G LTE terpantas. Ia akan mula dijual pada 3 Oktober 2014.

 

Lumia 830

Lumia 830 semua warna

Telefon ini menampilkan rekaan terbaik yang terdapat pada Lumia, mesra poket dari segi saiz dan juga harga. Ia adalah telefon pintar yang dilengkapi kamera dengan penstabil imej, yang ternipis terdapat dalam pasaran. Malah kameranya mempunyai teknologi PureView 10MP dan menggunakan lensa optik ZEISS yang terkenal dengan kualitinya. Malah ia boleh merakam video sehingga kualiti Ultra HD 4k.

Skrin Lumia 830 sebesar 5-inci mempunyai resolusi 1280×720 HD. Ia dijana oleh CPU Qualcomm Snapdragon 400, 4-teras 1.2GHz dengan 1GB RAM. Microsoft melengkapkannya dengan 16GB memori dalaman dan slot mikro-sd untuk tamabahan memori serta 15GB storan awan di OneDrive.

Bateri berkapasiti 2200mAH boleh diubah dengan membuka penutup belakangnya dan ia boleh dicaj tanpa wayar kerana terbina dengan pengecaj tanpa wayar Qi. Jadi pengguna boleh mengecajnya tanpa menyambung wayar menggunakan pengecas Qi yang dijual berasingan.

Lumia 830 akan dijual dalam 4 warna pilihan iaitu Putih, Hitam, Oren Terang dan Hijau Terang. Microsoft turut menawarkan promosi khas untuk pembeli terawal Lumia 830. Bagi 500 pembeli pertama Lumia 830, mereka akan menerima Office 365 Home Premium percuma, yang membolehkan mereka menggunakannya pada 5 peranti.

 

Lumia 735

Lumia 735 semua warna

Dihasilkan bagi memenuhi permintaan peringkat pertengahan, Lumia 735 merupakan telefon selfie yang hebat. Kamera hadapannya mampu merakam sehingga 5MP, sangat sesuai juga digunakan bersama panggilan video melalui Skype. Dengan peningkatan Lumia Denim, ia mempunyai aplikasi khas Lumia Selfie yang boleh merakam gambar selfie menggunakan kamera belakang, dengan pengesanan muka. Ia mengesan muka berada di tengah skrin dan mengambil gambar denngan automatik.

Lumia 735 mempunyai paparan 4.7-inci OLED HD (1280×720). Ia menggunakan CPU Qualcomm Snapdragon 400, 4-teras 1.2GHz dan 1GB RAM. Microsoft turut menyertakan 15GB storan awan OneDrive di samping 8GB memori dalaman dan slot mikro-sd untuk memori tambahan.

Seperti Lumia 830, Lumia 735 turut dilengkapkan dengan pengecas tanpa wayar Qi, untuk mengecas bateri 2220mAH yang boleh diubah. Lumia 735 ini boleh didapati dengan pilihan warna Hijau Terang, Oren Terang, Kelabu Gelap dan Putih.

 

Bersempena dengan pelancaran telefon Lumia ini, GSC turut mengambil kesempatan melancarkan aplikasi GSC buat Windows Phone 8.1 dan ke atas. Aplikasi ini mempunyai banyak pilihan yang tidak terdapat pada aplikasi lain. Antaranya:

  • bayaran menggunakan kad kredit dalam aplikasi
  • makumat tempahan di atas Live Tiles
  • pilihan menggunakan poster filem sebagai wallpaper dan lockscreen
  • integrasi Mobile Wallet dengan Microsoft Wallet
  • notifikasi dan peringatan apabila filem yang ditempah hampir bermula
  • tempahan dan carian menggunakan suara

Aplikasi GSC ini boleh dimuat turun oleh pengguna Windows Phone 8.1 pada bulan Oktober ini di Windows Phone Store.

 

Kiri Lumia 830 Kanan Lumia 735 (depan)

Kiri Lumia 830 Kanan Lumia 735 (belakang)

Kualiti pada badan Lumia tidak mudah bengkok

Pengecas tanpa wayar Qi terbina dalam Lumia 830

Pengecas tanpa wayar Qi terbina dalam Lumia 735

Trackbacks

  1. […] Baca berita mengenai pelancaran dan info berkenaan Lumia 735 dan Lumia 830 pada laporan kami sebelum ini di: http://theskop.com/2014/09/lumia-830-dan-735-telah-tiba-di-malaysia-dari-jerman/ […]

Apa komen anda?