Inspiron 13 boleh putarkan laptop menjadi tablet

Share Button

Inspiron 13 siri 7000 2-dalam-1, kini telah tiba di Malaysia. Ia menggabungkan fungsi penuh sebuah laptop di samping kemudahan mudahalih tablet. Inspiron 13 ini menggunakan sistem operasi Windows 8.1 dan menampilkan stylus pasif terbina bersama paparan skrin yang boleh diputarkan 360-darjah, bagi membolehkan pengguna berubah dari penggunaan laptop kepada tablet sepenuhnya dalam sekelip mata.

Kebolehan pelbagai fungsi kini semakin penting, apatah lagi skop kerja dan hiburan kian mengecil dan hampir tidak menampakkan perbezaan. Inspiron 13 yang baru ini boleh berubah dari laptop, mod kuda-kuda, mod khemah serta tablet dengan sangat mudah. Bagi pelajar, mereka boleh menggunakannya untuk menaip kertas kerja yang panjang berjela atau membaca e-book pada peranti yang sama.

Inspiron 13 7000 006

Peranti pelbagai fungsi ini tampil dengan perkakas berkuasa tinggi dan perisian terkini, menjadikannya sebuah peranti premium yang boleh dimiliki ramai. Ia boleh dilengkapi dengan storan sehingga 500GB bagi mengisi lebih banyak gambar, muzik dan video. Skrin 13.3-inci yang dimilikinya diselaputi lapisan anti-kotoran, boleh dilengkapi dengan paparan HD penuh dan mempunyai 10-titik sentuhan kapasitif untuk kegunaan zoom, tatalan dan bermacam lagi fungsi pelbagai sentuhan. Inspiron 13 juga dilengkapi papan kekunci bersaiz penuh, anti-tumpahan air, kekunci berlampu dan disertakan Precision Touchpad yang menjamin pengguna pengalaman kerja terbaik dalam kelasnya.

Inspiron 13 7000 keyboard

Beberapa fungsi premium sedia terdapat pada Inspiron 13 ini seperti rekaan yang ringan dan nipis, kekunci berlampu, serta audio definisi tinggi Waves MaxxAudio bagi memberikan pengguna nilai pada pembelian yang sangat berbaloi ini. Bateri yang terdapat pada Inspiron 13 ini mampu bertahan sehingga 7 jam lamanya sebelum pengecasan semula diperlukan.

Dell Inspiron 13 siri 7000 2-dalam1 ini boleh mula didapati mulai sekarang menerusi rangkaian penjual Dell serta di dalam talian melalui website www.dell.com.my pada harga bermula RM2499.

Inspiron 13 7000 Series 2-in-1 Notebooks Inspiron 13 7000 Series 2-in-1 Notebook

Apa komen anda?