Hydra band hasilkan sendiri EP Sinergi

Share Button

Jika anda gemarkan lagu-lagu rock moden yang berkorus mantap, riff-riff gitar yang hebat dan alunan melodi yang mengasyikkan, anda pasti terpesona dengan EP pertama kumpulan pub popular, Hydra Malaysia yang menghasilkan EP bertajuk Sinergi.

EP yang memuatkan lima buah lagu ini merupakan hasil pertama mereka sepanjang kerjaya mereka selama sedekad. Ia menampilkan lagu-lagu asal yanng disusun dan dimainkan sendiri oleh band ini, yang dikenali dengan nama Hydra Band. Sinergi mempunyai 4 buah lagu berbahasa Melayu dengan rentak kontemporari yang ditulis oleh rakan-rakan mereka, serta sebuah lagu Inggeris yang ditulis oleh Gerard Singh dari Lakefront Records, dimana beliau berduet dengan vokalis Lan dalam lagu ini.

Soundtrack untuk filem Dampak 2013, iaitu Hujung Mentari, turut muncul dalam album ini. Single pertama yang meletup dalam carta ini telah dicalonkan untuk kategori Lagu Rock Terbaik dan Muzik Video Rock Terbaik di Virtual Independent Music Awards 2014 (VMA2014). Lagu ini juga muncul di dalam rancangan carta lagu paling popular di Malaysia, iaitu Muzik Muzik 2014.

Menurut pengasas dan ketua kumpulan Hydra, Sayed Sahlan Sayed Hamid (Lan), Sinergi adalah satu langkah untuk kami beralih ke peringkat seterusnya sebagai pemuzik dan mudah-mudahan, akan membantu kami menempa nama di peringkat antarabangsa. Kami ingin mengembangkan sayap kami dan terus mengorak langkah menyusuri perjalanan muzik yang sememangnya luar biasa setakat ini.

Hydra Band Vokalis - Lan

Vokalis Lan, pernah memenangi Anugerah Vokalis Terbaik Malaysia di VMA. Beliau menambah, kumpulannya mengambil masa enam bulan untuk menyiapkan lagu-lagu di dalam album tersebut. Tumpuan diberikan kepada susunan muzik dan bukannya penulisan lirik. Hydra berharap untuk berbuat seperti ini lagi dalam album seterusnya. Hydra telah mencuba beberapa susunan berbeza untuk kelima-lima lagu sebelum mentapkan susunan yang terbaik, yang dapat menyentuh perasaan pendengar. Lagu-lagu di dalam Sinergi berunsurkan balada ke rock sejati. Ia berkisarkan tentang kedamaian, kasih sayang dan kesatuan dalam pelbagai bentuk dan merupakan gabungan semua pengaruh muzik Hydra sendiri, tetapi ia masih mengekalkan bunyi dan susunan unik Hydra.

Ahli kumpulan Hydra yang lain adalah pemain bass Boy (Mohd Faizul Azril Isa), pemain drum I-Zad (Ahmad Aizad Mohamed Fauzi), pemain keyboard Jezz (Kamas Jezzriq Eddie Kismilardy) dan pemain gitar utama G-Beng (Mohd Fadzil Abdul Wahab).

Hydra Band - Sinergi

G-beng berharap, Sinergi akan menjadi inspirasi buat pemuzik pub di seluruh Malaysia untuk tampil dengan bahan asal dan meletakkan sasaran yang lebih besar. EP ini merupakan satu pencapaian kerjaya baginya, tetapi ia tidak bermakna mereka akan berhenti mengadakan persembahan pub kerana itu memang telah menjadi minat.

Hydra mempunyai pengikut yang ramai terima kasih kepada cover song lagu-lagu rock dan balada meraka yang unik. Semua ahli kumpulan ini menyanyi, memberikan kelainan yang ketara dalam persembahan mereka. Selain rancak membuat persembahan di arena pub tempatan, mereka turut diundang untuk membuat persembahan di majlis-majlis korporat.

Untuk mengembangkan dan mempromosi kumpulan peminat mereka, Hydra akan muncul di Festival Muzik WAG di Kuching pada 25 Oktober dan Festival Seni Johor Bahru pada 16-17 September. Mereka juga turut diundang untuk mengadakan persembahan di Bandung & Surabaya, Indonesia pada hujung tahun ini serta di Amerika Syarikat & Jerman pada tahun depan.

Sinergi dihasilkan sendiri oleh label persendirian kumpulan itu, Hydranation dan diuruskan sepenuhnya oleh syarikat pengurusan bakat, Thrive Talent Tank. Album Sinergi boleh didapati di semua laman muat turun utama seperti CDBaby, iTunes, Amazon dan turut dimuatkan di laman web strim seperti Rhapsody. Salinan fizikal EP ini boleh dibeli di semua tempat mereka membuat persembahan juga di kedai-kedai CD muzik utama.

Hydra kini membuat persembahan di Waikiki bar di Petaling Jaya pada hari Isnin, The Sosial di Bangsar pada hari Selasa, Rockafellas di Intan Square, PJ pada hari Jumaat dan Hangover di Dataran 3 Dua, PJ pada hari Sabtu. Pelancaran EP ini telah ditaja oleh The Saujana Hootel Subang selaku Hotel Rasmi dan Dope Motion Pictures (Agensi Video & Fotografi Rasmi).
Untuk maklumat lanjut dan terkini Hydra Malaysia, layari dan like laman FB mereka di www.facebook.com/HydraMalaysia dan di www.youtube.com/channel/UCiLufWIHFa2X_NLgNvDzL5Q atau di www.twitter.com/HydraMalaysia

EP Sinergi

Apa komen anda?