Headphones baru Xiaomi lebih murah lagi

Share Button

Menjelang hari selasa minggu depan, yang kebetulan jatuh pada Hari Malaysia iaitu 16 September 2014, merupakan hari Xiaomi membuat jualan terhad. Kali ini, di Hari Malaysia nanti, Xiaomi Malaysia akan menambah satu lagi produk baru dalam jualan mereka, iaitu Mi In-Ear Headphones basic.

mi in-ear headphones basic

Sebelum ini, Xiaomi Malaysia telah pun memperkenalkan Mi In-Ear Headphones, yang dijual pada harga RM50. Headphones ini datang dalam kotak khas beserta penyusun kabel. Ia juga memiliki earbuds dalam 3 saiz yang boleh ditukar mengikut keselesaan pengguna.

earbuds and giftbox

Kali ini Xiaomi Malaysia membawakan pula versi Mi In-Ear Headphones yang lebih murah, yang diberi nama Mi In-Ear Headphones basic. Ia akan dijual pada separuh dari harga Mi In-Ear Headphones yang asal, iaitu RM25 sahaja. Xiaomi mengatakan versi basic ini akan menghasilkan bunyi yang hampir sama seperti yang asal. Dari gambaran yang kelihatan, berkemungkinan versi basic ini tidak akan mempunyai kotak khas dan earbuds boleh tukar.

Selain dari headphones ini, Xiaomi akan turut menjual produk lain pada 16 September nanti. Produk lain yang akan dijual ialah Mi 3 (2,000 set), Redmi 1S (5,000 set), Redmi Note (10,000 set), Mi In-ear Headphones (2,500 unit) dan 5200 mAh Mi Power Bank (10,000 unit) akan dijual di www.mi.com/my.

Selain dari jualan terhad ini, Mi3 dan Redmi 1S boleh dibeli pada bila-bila masa pada belian terbuka dengan tempoh penghantaran yang lebih panjang, iaitu sekitar 3-4 minggu selepas pembelian dibuat.

Untuk pembeli Redmi 1S, mereka akan menerima secara percuma aksesori tambahan iaitu pelindung skrin, penutup belakang tambahan, soft case, bateri tambahan & pengecas bateri luaran. Belian terhad dan belian terbuka layak mendapat aksesori percuma ini.

xiaomi sale - 16 sept 2014 mi3 and redmi1s pre-sale everyday

Apa komen anda?