Doodle Hari Malaysia di Google Malaysia buatan Malaysia

Share Button

Google, sebuah enjin pencarian internet terbesar di dunia, sering memaparkan lakaran atau lukisan sebagai gambar utama pada laman carian mereka. Lakaran atau lebih dikenali sebagai doodle itu, biasanya dipaparkan berkaitan kejadian istimewa yang jatuh pada hari tersebut, seperti tarikh kelahiran atau kematian seseorang yang terkenal.

Hari ini, 16 September merupakan Hari Malaysia. Google tidak ketinggalan untuk menampilkan doodle khas sempena Hari Malaysia hari ini. Lebih menarik lagi, Google sebenarnya melancarkan peraduan melukis doodle untuk Hari Malaysia tahun ni, yang bermula sejak April tahun ini, dan ditutup pada 15 Julai 2014.

Peraduan doodle untuk Hari Malaysia ini terbuka kepada pelajar sekolah di Malaysia, dan dibahagikan mengikut beberapa kategori umur. Terdapat 4 kategori untuk pertandingan ini iaitu umur 7-9 tahun, umur 10-12 tahun, umur 13-15 tahun dan umur 16-17 tahun.

Selepas tarikh tutup, 5 doodle terbaik yang dipilih Google Malaysia disenarai pendekkan untuk dipilih orang awam. Undian tertinggi akan diumumkan untuk setiap kategori, dan 4 pemenang ini seterusnya dipilih oleh HQ Google sebagai pemenang utama & doodlenya akan dipaparkan di lamanweb Google Malaysia pada Hari Malaysia, iaitu hari ini.

Empat orang pemenang setiap kategori ialah:

Kategori 7-9 tahun: Google Malaysia, Vaisnawi Harulnathan, SJKG Vallambrosa, Klang

Kategori 7-9 tahun: Google Malaysia oleh Vaisnawi Harulnathan dari SJKG Vallambrosa, Klang

The Seven Wonders of Malaysia, Chin Joe Yi, SJK(C) Kwang Hwa, Pulau Pinang

Kategori 10-12 tahun: The Seven Wonders of Malaysia oleh Chin Joe Yi dari SJK(C) Kwang Hwa, Pulau Pinang

 

Kategori 13-15 tahun: Flower of the Jalur Gemilang, Mohammed Anoof Ibrahim, Mutiara International School, Ampang

Kategori 13-15 tahun: Flower of the Jalur Gemilang oleh Mohammed Anoof Ibrahim dari Mutiara International School, Ampang

Kategori 16-17 tahun: Beauty of Malaysia, Lee Yee Run, Sekinchan, Selangor

Kategori 16-17 tahun: Beauty of Malaysia oleh Lee Yee Run dari Sekinchan, Selangor

Pemenang utama kali ini ialah doodle “Beauty of Malaysia” oleh Lee Yee Run, dari Sekinchan, Selangor. Beliau menerangkan pada doodle ini, ramai dari kita telah terperangkap dalam hirup pikuk kehidupan, kehilangan keindahan negara sendiri. Marilah keluar dari kotak kebiasaan, dan melancong ke tempat yang menarik, menerokai dan menghayati keindahan dan keunikan warna-warna Malaysia. Malaysia untuk saya/anda pastinya tempat yang sangat indah untuk didiami.

Untuk senarai penuh 5 finalis setiap kategori pertandingan ini, boleh dilihat di: http://www.google.com.my/doodle4google/winners.html

Trackbacks

  1. […] Doodle 4 Google dibuka dalam empat kategori iaitu: 7-9, 10-12, 13-15, 16-17 tahun. Jika edisi pertama menggunakan tema “Bagi saya, Malaysia…” tahun ini tema “Meraikan […]

Apa komen anda?