CyberSecurity ingin meningkatkan ilmu keselamatan siber di CSM-ACE 2014

Share Button

CyberSecurity Malaysia, agensi keselamatan siber kebangsaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) telah membuat pra-pelancaran bagi acara tahunannya, Cyber Security Malaysia – Awards, Conference & Exhibition (CSM-ACE). Upacara ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak.

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak

YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak

Acara tiga hari ini akan dibuat di Ipoh, Perak mulai 11 November sehingga 13 November 2014. Ini adalah kali pertama ianya dibuat di luar Kuala Lumpur. Acara seperti ini selari dengan program transformasi kerajaan Negeri Perak yang mahu mengubah negeri perlombongan perak itu kepada Negeri Berpengetahuan (Knowledge-State) dengan mengimplementasi lima inisiatif pengetahuan iaitu – K-Government, K-Economy, K-Infrastructure & K-Worker, yang mana kesemua ini tidak mampu bergerak ke hadapan tanpa keselamatan siber.

Dijangkakan, lebih 1000 peserta termasuk penyertaan dari latihan 2 minggu dan perwakilan dari lebih 37 organisasi dari 30 negara di dalam World Trustmark Alliance (WTA) akan turut serta dalam acara ini.

Melancarkan CSM-ACE

Ketua Setiausaha (KSU) MOSTI, YBhg. Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur, yang turut sama dalam pelancaran ini berkata, tahun ini CSM-ACE telah mencapai satu lagi pencapaian apabila mengembangkannya ke Perak. Ini pasti dappat memanfaatkan rakyat negeri Perak untuk mendapatkan keuntungan dari Program Latihan CSM-ACE serta acara ACE itu sendiri. MOSTI turut berbangga apabila CyberSecurity Malaysia telah dilantik sebagai Pengerusi kepada WTA bagi tahun 2014, yang mempunyai 30 ahli dari pelbagai negara. CSM juga berjaya membawa WTA Summit untuk dihoskan di Malaysia. Acara antarabangsa seperti ini yang diadakan di dalam negara pasti dapat membantu mempromosi Malaysia kepada negara luar.

Manakala bagi Dr Amiruddin Abdul Wahab, CEO CSM & Pengerusi WTA pula, CSM-ACE tahun ini akan memfokuskan kepada keselamatan E-Business, termasuk pembinaan modal insan. Oleh itu, kami akan mengadakan latihan selama 2 minggu bermula dari 28 Oktober sehingga 12 November, yang akan bertempat di Ipoh dan Kuala Lumpur. Dijangkakan 1500 peserta akan menyertai latihan ini. Di akhir latihan ini, kita akan dapat melahirkan 1500 K-Workers yang mampu mempertahankan organisasi mereka dari ancaman dan serangan jenayah siber.

VVIP di pelancaran CSM-ACE

Beberapa nama besar syarikat keselamatan siber seperti SecureNinja, Trend Micro, Lockheed, Unisys dan Kaspersky telah mengesahkan penyertaan mereka untuk mengadakan latihan keselamatan siber semasa acara CSM-ACE. Beberapa syarikat lain akan menyusul untuk sama turut serta.

Bagi acara Awards (Anugerah) pula, kategori yang akan dipertandingkan ialah:

  • Professional of The Year
  • Company of The Year
  • Organisation of The Year
  • Education & Training Provider of The Year
  • Outreaach Provider of The Year
  • Project of The Year
  • Cybersafe Ambassador of The Year

Penerima anugerah ini akan diaudit oleh syarikat audit terkemuka, Deloitte.

Untuk Pameran (Exhibition) pula, syarikat yang telah mengesahkan tempat mereka adalah Deloitte, Huawei, Bae Systems, Fortinet, HeiTech, Trend Micro, KPerak & SecureNinja.

Pengenalan CSM-ACE

World Trust Alliance

Apa komen anda?