Blackberry Passport paling unik dan hebat dilancarkan

Share Button

Bertempat di Toronto Canada, Blackberry mengumumkan peranti mereka yang sangat unik dan eksklusif, yang diberi nama Blackberry Passport. John Chen, CEO Blackberry naik ke pentas untuk mengumumkan pelancaran Blackberry Passport.

Blackberry Passport menampilkan bentuk yang sangat unik, yang sangat sukar ditemui pada telefon pintar masakini. Ia menggunakan skrin berbentuk segi empat sama, bersaiz 4.5-inci dengan resolusi 1440×1440, yang dikira paparan HD dengan 453 ppi.

summary spec

Kali ini Blackberry menampilkan peranti dengan spesifikasi terbaik yang ada dalam pasaran. Ia dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 800, 4-teras berkelajuan 2.26GHz dengan GPU Adreno 330 dan ram 3GB. Memori dalamannya sebesar 32GB dan memiliki slot mikro-sd. Kamera utamanya dilengkapi sensor 13MP dengan penstabil imej, manakala kamera hadapan 2MP.

Lebih menarik lagi, ia memiliki bateri sebesar 3450mAH, jauh lagi besar dari mana-mana peranti dengan skrin 5-inci. Oleh itu, ia dijangka mampu bertahan sehingga 30 jam dengan penggunaan biasa, bermakna lebih dari sehari tanpa perlu dicas semula.

Blackberry Passsport memiliki papan kekunci QWERTY fizikal. Tetapi ia bukan sebarangan papankekunci, ia adalah papankekunci fizikal dengan fungsi sentuhan seperti trackpad, pada keseluruhan papankekunci itu. Anda boleh swipe, flick, scroll malah menggerakkan kursor seperti menggunakan trackpad. Terdapat pelbagai fungsi mudah dan menarik seperti cut dan paste boleh dibuat apabila papankekunci boleh digunakan seperti trackpad ini. Ini ialah satu inovasi yang jauh mendahului pengeluar peranti lain.

Bersama pengenalan peranti baru ini, Blackberry turut memperkenalkan OS baru, iaitu Blackberry OS 10.3 yang muncul dengan fungsi baru seperti Blackberry Assistant dan Amazon Appstore. Blackberry Assistant adalah pembantu pintar, yang boleh memberi jawapan mengikut input yang digunakan. Jika ditaip soalan, ia akan membalas di atas skrin. Jika ditanya dengan suara, ia akan menjawab dengan suara kembali.

AmazonAppstoreAndBBWorld

Manakala Amazon Appstore memberikan akses aplikasi Android ke dalam peranti Blackberry dengan lebih mudah untuk dipasang. Malah Amazon turut menawarkan aplikasi berbayar secara percuma setiap hari. Bermakna 365 aplikasi Android berbayar percuma dalam setahun. Blackberry Appworld akan terus menyediakan aplikasi terbaik khusus untuk kegunaan peranti Blackberry.

Turut sama muncul sebagai fungsi baru pada Passport ini ialah Blackberry Blend. Blend membolehkan data di dalam Passport diakses dari laptop atau tablet dengan selamat, tanpa meninggalkan apa-apa data atau maklumat apabila didaftar keluar.

Blackberry Passport mula dijual di Canada oleh syarikat telko Telus pada hari pelancaran hari ini. Ia akan dipasarkan di US pada harga USD599 dan beberapa negara lain dalam masa terdekat. Malaysia turut sama tersenarai dalam negara terawal yang akan menerima Blackberry Passport. Dijangkakan harganya tidak akan mencecah RM2000.

Apa komen anda?