Bebaskan diri dari wayar dengan Jabra Move Wireless

Share Button

Jabra yang terkenal sebagai pengeluar audio tanpa wayar khususnya Bluetooth, hari ini memperkenalkan produk tanpa wayar terbaru mereka, Jabra Move Wireless untuk pasaran Malaysia.

Pelancaran Jabra Move Wireless dibuat di Danish Residence, bagi menandakan hubungan akrab Jabra dengan negara Denmark. Ia disempurnakan oleh Jonathan Tang, Naib Presiden Jabra APAC dan diceriakan dengan dengan persembahan oleh penari tempatan terkemuka, Dennis Yin & krew tariannya. Ia menggambarkan kelincahan & kebebasan yang sinonim dengan konsep tanpa wayar Jabra Move sendiri. Turut hadir sama memberi ucaptama ialah Duta Besar Denmark, Nicolai Ruge.

Jabra Move Wireless - Jonathan Tang

Jonathan Tang, Naib Presiden Jabra APAC

Jabra Move Wireless - Nicolai Ruge

Duta Besar Denmark, Nicolai Ruge & Isteri

Menurut Nicolai Ruge, Jabra adalah contoh terbaik bagi memaparkan semangat Denmark untuk terus maju dan mencari kelainan. Jenama ini telah mendukung warisan Denmark yang berusia sekitar 140 tahun dan kami bangga dengan pencapaian ini.

Material yang digunakan Jabra Move Wireless pada cekak dan sendi diperbuat dari keluli tahan karat bermutu tinggi bagi memastikan ketahanannya bagi jangka masa panjang, selain penggunaan aktif setiap hari. Cekak kepala ini juga sangat ringan dengan lapisan kusyen bagi keselesaan pemakai. Corongnya juga menawarkan keselesaan untuk kegunaan berjam-jam lamanya.

Jabra Move Wireless - fungsi

Bateri pada Jabra Move boleh bertahan sehingga 8 jam untuk penggunaan berterusan. Ia juga mempunyai seutas wayar tambahan bagi memudahkan penyambungan analog, sesuai untuk kegunaan dalam pesawat ataupun apabila bateri menjadi lemah, selain dari kabel mikro USB yang digunakan untuk mengecas bateri.

Jabra Move Wireless boleh didapati dalam tiga warna iaitu biru kobalt, merah cayenne dan hitam arang. Ia ditawarkan pada harga RM369 dan boleh didapati dari pengedar sah Jabra terpilih seperti Machines, Connect Store, Harvey Norman dan Radioshack bermula hari ini.

Jabra Move Wireless - beramai-ramai

Jabra Move Wireless kanan

Jabra Move Wireless kiri

Jabra Move Wireless merah biru hitam

Jabra Move Wireless sekotak

Apa komen anda?