7 Saluran baru di TM HyppTV

Share Button

Perkhidmatan IPTV di bawah Telekom Malaysia (TM), iaitu HyppTV telah melancarkan saluran gaya hidup dan hiburan tempatannya yang pertama, yang diberi nama HyppSensasi. Saluran baru ini menayangkan program unik dan kandungan ekslusif berbahasa Malaysia dalam definisi tinggi (HD). Ia sudah boleh mula ditonton di saluran 116 di HyppTV.

Bersama pengenalan HyppSensasi ini, TM turut sama memperkenalkan enam saluran unik terbaru untuk pelanggannya, yang sudah boleh mula ditonton kini. 6 saluran baru tersebut adalah Comedy Central HD (CH 609), CinemaWorld HD (CH650), Motorvision HD (CH 712), SCM (CH 228), Playbox HD (CH 833) dan juga NHK World HD(CH 414).

HyppSensasi dilancarkan

Majlis pelancaran saluran baru ini telah disempurnakan oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif Media Baru TM, bertempat di taman trampoline terbesar di Asia, iaitu JumpStreet di Petaling Jaya.

Jeremy berkata, TM berbangga dengan pelancaran HyppSensasi, saluran berbahasa Malaysia 24 jam terbitan kami sendiri dengan program yang sesuai ditonton seisi keluarga seperti game show, drama dan program realiti, semuanya dalam Definisi Tinggi (HD). Ini merupakan kejayaan HyppTV bagi tahun 2014, yang turut menggambarkan komitmen berterusan kami untuk bekerjasama dengan penerbit tempatan. Antaranya program game show pertama kami iaitu ‘Tu Dia’, sebuah program hiburan keluarga yang disertai selebriti tempatan. Selain itu kami juga berbesar hati untuk memperkenalkan saluran yang belum pernah ditayangkan di Malaysia seperti Comedy Central HD, CinemaWorld HD, SCM dan Playbox HD. Selain itu dua saluran baru iaitu Universal Channel HD dan SyFy HD boleh didapati di HyppTV Everywhere.

Ini selaras dengan janji kami untuk menambah baik kandungan dan perkhidmatan kami. Pengenalan tujuh saluran terbaru di HyppTV ini dengan dua saluran baru untuk HyppTV Everywhere, menjadikan jumlah saluran di HyppTV menjadi 121 saluran, dengan 60 saluran boleh didapati di HyppTV Everywhere, justeru mengukuhkan lagi kedudukan HyppTV dalam pasaran TV berbayar. Kami berharap agar dapat memenuhi permintaan pelanggan dengan menawarkan kandungan dinamik, segar dan inovatif dan pada masa sama menggalakkan pertumbuhan industri tempatan, tambah Jeremy.

Pasukan dari TM bersama penyedia kandungan saluran baru HyppTV

Suasana pada majlis tersebut dihangatkan dengan kehadiran selebriti tempatan seperti Zoey Rahman, Amir Jauhari, Azwan Kombos, Halim Othman, Bob Ringgo, Ieda Moin, Sasha Saidin, Shah Jasdzlee, Azam Pitt, Syed Ali dan Farahdiya. Ia turut dihadiri oleh penyampai radio Suria FM, rakan radio rasmi acara ini, serta artis-artis tempatan di bawah label Rumpun Music, Universal Music dan KRU Records.

Amir Jauhari di pelancaran HyppSensasi

Semua saluran baru ni akan ditawarkan kepada pelanggan HyppTV secara percuma sehingga 1 Oktober 2014, kecuali untuk HyppSensasi. Manakala Playbox HD ditawarkan dalam bentuk saluran Video On Demand.

Untuk pengguna aplikasi HyppTV Everywhere, saluran terbaru terutamanya HyppSensasi, Comedy Central HD, Motorvision HD dan CinemaWorld HD boleh didapati menerusi pelbagai skrin bersama-sama dengan Universal Channel HD dan Syfy HD.

Saluran CinemaWorld CH650 Saluran ComedyCentral CH609 Saluran SCM CH228

[ez_box title=”HyppSensasi (Saluran 116)” color=”grey”]Mengandungi pelbagai kandungan tempatan khas untuk penonton Melayu seluruh negara. Menampilkan racangan gameshow seperti ‘Tu Dia’, rancangan video muzik tempatan ‘Beats Sensasi’, dan banyak lagi filem dan drama bersiri tempatan.[/ez_box] [ez_box title=”Comedy Central HD (Saluran 609)” color=”grey”]Merupakan rangkaian komedi terbesar dunia dan satu-satunya yang ditayangkan 24 jam, menayangkan komedi tempatan dan luar negara ekslusif. Antaranya ialah “The Daily Show with John Stewart”, “Saturday Night Live”, “South Park”, “Key & Peele” dan banyak lagi. Didatangkan bersama saluran Video On Demand di Saluran 851.[/ez_box] [ez_box title=”CinemaWorld HD (Saluran 650)” color=”grey”]Menghimpunkan filem-filem antarabangsa untuk pelanggan HyppTV. Bulan ini ia akan menayangkan “Living Is Easy With Eyes Closed” dari Sepanyol yang memenangi anugerah di Goya Awards 2014, dan filem “This is England”, pemenang Best British Film di BAFTA Film Awards 2008. Mempunyai fungsi time-shift, catch-up dan tontonan pelbagai skrin menerusi HyppTV Everywhere, serta boleh didapati melalui Video On Demand di Saluran 850.[/ez_box] [ez_box title=”SCM (Saluran 228)” color=”grey”]Saluran filem berbahasa Cina nombor satu di Asia, dengan lebih 1000 judul dalam inventorinya. Ia menayangkan filem pertama kali tayangan dan box-office dari Hong Kong, Tanah Besar China dan Taiwan. Ia menampilkan filem ekslusif dari studio utama seperti Emperor Motion Pictures, Media Asia, Pegasus dan Fortune Star. Ia juga turut menyangkan program siaran langsung terbaik, konsert-konsert besar dan dokumentari Asia berbahasa Kantonis atau Mandarin dengan sari kata Bahasa Cina dan Inggeris.[/ez_box] [ez_box title=”Motorvision HD (Saluran 712)” color=”grey”]Saluran HD pertama yang khusus mengenai gaya hidup dan hiburan automotif. Dari penampilan kereta eksotik dan mewah sehingga previu ekslusif model terbaru dari jenama terkemuka. Juga menayangkan program baru seperti Porsche Carrera Cup, Ferrari Challenge EU, EURO V8 Series, GT Masters dan banyak lagi.[/ez_box] [ez_box title=”NHK World HD (Saluran 414)” color=”grey”]Menyediakan program dari Jepun selama 24 jam. ia bukan sahaja menayangkan slot berita “NEWSLINE”, malah hal ehwal kewangan dunia seperti “Asia This Week”, “ASIA BIZ FORECAST” dan “ASIAN VOICES”. Ia turut menawarkan pelbagai pilihan mengenai teknologi, gaya hidup dan hiburan seperti “Journeys in Japan”, “Great Gear”, “Cool Japan”, “Lunch ON!” dan “J-FLICKS”.[/ez_box] [ez_box title=”Playbox HD (saluran 833)” color=”grey”]Saluran Video on Demand Semua dalam Satu, menawarkan filem Box Office dan siri televisyn popular di Malaysia dan antarabangsa, yang diterbitkan atau dibeli oleh KRU Media.[/ez_box]

Apa komen anda?